Thursday, December 18, 2008

.::2 Movies::.

Sepanjang cuti semester ini, sya telah menonton dua buah filem di pawagam. Hanya dua buah filem, memandangkan sya bukan seorang yg 'addicted to movie' sangat. Sya hanya menonton wayang jika ada cerita yang sya rasa betul2 best dan ada teman. Kedua-dua filem ini sya tonton bersama-sama si dia.


Cast: John Travolta, Mark Walton. Director: Byron Howard


Bagi sya kedua-dua filem ni lebih kurang sahaja plot ceritanya dengan cerita2 Hollywood yang pernah ada sebelum ini. Cerita Bolt mengisahkan tentang seekor anjing yang hilang dan berusaha mencari tuannya. Then, dalam usahanya tu, anjing ni terpaksa melalui pelbagai2 dugaan. Bagi sya, moral utama dalam cerita ini adalah friendship.


Cast: Keanu Reeves,Kathy Bates. Director: Scott Derrickson


Filem yang kedua, The Day The Earth Stood Still. Filem ni pulak kisah manusia dan alien. Cerita ni boleh dikatakan lebih kurang dengan cerita War of the World dan The Independence Day. Hollywood nampaknya begitu berminat dengan alien. Kalau tak alien, virus, seperti cerita I am Legend dan Resident Evil. Sya rasa sudah banyak filem2 Hollywood yang mempunyai plot cerita yang lebih kurang sama. Namun, filem2 keluaran mereka masih menjadi pilihan memandangkan filem mereka mempunyai kualiti yang amat baik berbanding filem tempatan.

Namun, filem tempatan kita juga sudah berubah dan tidak lagi begitu mengecewakan. Tidak lama lagi, kita juga akan mempunyai studio perfileman sendiri yang diusahakan oleh KRU. Sya sendiri senang dengan filem tempatan seperti Cinta. Sya sedang berkira-kira untuk menonton filem Histeria, itu pun jika ada masa dan teman.


Cast: Liyana Jasmay, Scha. Director: James Lee
P/S: Knape sya perasan ayat mcm skema je...ahh...lantaklah..haha..

0 comments:

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates