Friday, December 12, 2008

.::Kami Berdua::.


Ini adalah gambar favourite sya


Kami berdua~


Teman rapat sya sudah datang. Seronok sungguh rasanya. Seperti yang sudah dijangka, rancangan untuk ke Genting dan Sunway, hanya tinggal rancangan sahaja. Sudahnya, pada hari Selasa, sya dan dia pergi ke Mid Valley, bersama dengan dua org adik sya. Kami sekadar jalan-jalan, menonton cerita Bolt dan lunch di McD.

Hari Rabu sya dan dia shopping di Terminal 1, Seremban Parade, dan Jusco. Saya membeli sepasang kasut North Star dan sehelai baju Voir. Si dia membelikan sya baju Applemints dan Toms Girl. Sudah lama tidak berjumpa, sya lihat si dia bertambah kacak pula..hehe...

Hari Khamis, kami menonton wayang di Jusco; The Day That The Earth Stood Still. Sebenarnya, si dia mahu menonton Los dan Faun atau Cicaman 2. Tetapi, sya pula yg kurang gemar menonton cerita-cerita lawak seperti itu. Saya membelikan si dia baju Blue Toms, dan kami makan-makan di Johny's Restaurant.

Faktor jarak membataskan waktu untuk kami bersama. Kami berdua juga masih belajar. Namun, itu tidak pernah menjadi halangan. Hubungan kami masih terjalin dengan begitu baik setelah hampir 4 tahun. Doakan ia terus berkekalan, sya sendiri berharap begitu. Tambahan lagi, ibu bapa kami sudah merestui. Si dia begitu mendapat tempat di hati bonda sya. Sehingga kadang-kadang, sya pula yang kalah..huhu..

Si dia sudah begitu baik untuk sya. Sudah banyak berkorban untuk sya. Sya sudah tidak boleh untuk meminta lebih lagi. Itu tamak namanya.



0 comments:

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates