Wednesday, August 19, 2009

.::Bawang oh bawang::.

Begini, kelmarin sya termakan bawang besar mentah. (Apakah? kelmarin punye cte baru nk story ari ni..? eh, lantaklah sbb malam smlm sya dh tertidur dengan enak + lena sekali dr jam 8.30pm-5.00am). Huh memang lame. Okey, bawang besar, ye bagi mereka yang suka makan bawang mentah, duk diam2..ini cerita bg mereka yang x suke makan bawang. Haha.


Kakak sya yang budiman telah membelikan satay pada malam itu. Ye, satay itu enak tapi bawang itu sangat tidak enak. malah, langsung tidak ada perkataan enak sedikit pun pada bawang itu. Okey aishah, enough merepek! Sya makan satay bersama emak sya, khusyuk bercerita tentang keinginan sya (bukan, lebih tepat berangan) untuk kahwin. Oopss, bukan, (ye, kahwin..haha). Dan mak sya telah berkata.. "hang tok sah duk gatai aishah. Hang mengaji tak habih lagi ang dah nk menikah..Hang tok sah nk mimpi.." (cakap mak sya ni sya translate sendiri ke dalam bhs kedah). Okeylah mak.. ini cume angan2 sya untuk 2,3,4 tahun lagi saje.

Aishah..balik semula ke cerita bawang.. Okey, Sambil seronok menyembang dengan emak, sya teringin nak makan timun.. Sangkanya sya dah cucuk timun, tapi bila 'timun' itu masuk ke dalam mulut sya dan mula dikunyah..burrpp! bawang rupanye. Dan sya pun terus berlari ke singki yang berdekatan. Tak yah cerita lah ape yang berlaku selepas itu.


Sya telah melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan rasa bawang yang melekat dekat tekak sya dan boleh dikategorikan sebagai sangat dasyat. Tapi bila bangun esok pagi, rasa bawang tu masih melekat. Kumur dgn listrene pun x maw hilang lah. Asal degil sangat tak taw. Esoknye iaitu semalam, di tempat keje, macam rasa tak sedap perut, dan pening2 sedikit. Semua gara2 bawang mentah. Bile2 fikir2 balik macam mimpi ngeri aje termakan bawang. Memang tak sedaplah!


Esok, penyelia pelawat nak datang kat MCM ni. Huh, takutnye. Rilex aishah, die okey! Hopefully. Tibe2 en asrar call td tanye boleh tak datang petang ni. Uh, terkejutlah sya, sya tak prepare ape lagi ni. Nasib baiklah kebetulannya, manager dan eksekutif2 kat commercial dept ni ade meeting kul 2.30 nanti. Jadi memang esoklah baru en asrar boleh datang. Huu, memang 'hancur' commercial ni bile tinggal sya dengan kak azlina dan kak zalina aje nanti.


Okeylah. tak tau nak merepek ape lg. Daa~


.....

0 comments:

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates