Tuesday, August 16, 2011

16 Ramadhan

Salam Ramadhan yang ke-16. Nampaknya sudah separuh bulan meninggalkan ramadhan. Saya pasti ramai yang menyukai ramadhan berbanding bulan-bulan yang lainnya. Kalau ramadhan ni secara automatik perasaan dan jiwa kita menjadi lebih tenang, jarang marah2, dan mudah memaafkan. Itulah antara kelebihan orang yang berpuasa. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan. InsyaAllah.

Walaupun bercuti panjang selama 6 bulan sebelum sambung belajar this september, saya jarang sekali update blog sebab sepanjang 6 bulan ni pun saya hanya duduk di rumah. Jadi memang tak ada aktiviti2 yang boleh dikongsi, cuma saya banyak menseronokkan diri bersama keluarga, pada bulan mei kami pergi berlibur di Sunway Lagoon-ini kali keempat saya ke sana, dah rasa boring jugak Sunway Lagoon ni--sama aja dari dulu. Dan sebelum puasa kami sekeluarga bercuti ke Tawau, Sabah selama 4 hari. Puaslah, dapat berjumpa dengan tempat yang dirindui selama hampir 10 tahun. Mak dan ayah pula menunaikan ibadah umrah pada hujung april yang lepas. Saya banyak menghabiskan masa mencantikkan rumah dan menjadi penjaga kanak-kanak sahaja. Tak apa, saya seronok!

Rumah kami dilanda virus chicken pox, bermula dengan adik perempuan saya, asyiqin. Dia berjaya merebakkan virus kepada 5 orang sekaligus. Saya adalah orang yang ketiga terkena chicken pox selepas amin, iaitu 2 hari selepas kami balik dari sabah. Dua orang anak kakak saya, turut sama terkena chicken pox ni. Mangsa terakhir yang dijangkiti adalah adik lelaki saya anwar yang sekarang berada di tingkatan 5. Adoi, ayat macam soalan matematik. Siapa sangka saya yang paling lambat terkena chicken pox, usia sudah 25 tahun baru nak kena. Sekarang gigih memakai gel mederma untuk menghilangkan parut. syuuhh syuhhh parut, go away!

Puasa kali ini, kebanyakkannya saya tidak teringin nak makan apa2, setakat ni belum lagi. selalunya makan yang mana sudah tersedia. Jalan2 di bazar ramadhan satu seremban pun sama, tidak ada yang teringin nak makan, semuanya hampir sama, begitu juga dengan rasa. Masak sendiri lagi puas hati. Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Sudahlah saya perlu mengemas rumah dan sekejap lagi mahu masak. Berharap pada diri sendiri supaya lebih rajin update blog di masa akan datang. InsyaAllah.

Thursday, May 26, 2011

alhamdulillah

alhamdulillah.


.
.
.



akhirnya sampai seru saya nak sambung belajar semula. sepatutnya sudah mula dari awal lagi. tapi tidak apa, sekurang kurangnya saya sudah dapat pengalaman kerja sedikit. lagipun sebelum ni, saya keliru nak pilih course apa, memang ikutkan hati saya masih nak sambung dalam pengajian sains politik, tapi setelah fikir punya fikir dan mengambil kira nasihat dari ayah, saya ambil keputusan nak buat MBA. insyaAllah, ia pilihan yang tepat. nampakkan, september intake, maknanye ada lebih kurang 3 bulan ++ lagi, saya rasa amat perlu utk saya cari kerja part time, tak boleh jadi kalau nak duduk rumah sahaja untuk tempoh 6 bulan.

UIA proses permohonan saya sangat cepat, saya masih ingat hantar borang pada 11 mei (tarikh tutup permohonan 15 mei), dan surat permohonan ni bertarikh 20 mei. cepat kan. tapi utk program MBA, kebanyakkan universiti memerlukan kita menghantar essay yang biasanya memerlukan kita menyatakan sebab2 kita nak masuk program MBA ni. sehari semalam juga saya pulun buat essay tu. tapi tak apa, berbaloi.

Lepas ni nak kena call pihak kolej kediaman UIA, booking bilik hostel cepat2, tak larat mak ooi nak duduk luar. tak suka kalau belajar takde environment campus life. macam tak best. selain UIA ada juga apply MBA dekat universiti lain, tapi permohonan masih diproses, yelah, awal lagikan, intake pun september. woahhh, tak sabar nak jadi pelajar semula!

mak, ayah dan adik amin baru pulang dari mengerjakan ibadat umrah dan ziarah semalam. dan saya masih belum beritahu mak tentang pertunangan kami yang ditangguhkan. tak sampai hati sangat2. ya Allah, kuatkan hatiku, terangi jalanku. amin.

Friday, May 20, 2011

jangan sampai waktu saya berhenti berharap

haruskah berhenti menyintai lelaki yang sering mengecewakan kita?
menghampakan kita?
mementingkan dirinya sendiri?
tidak berfikir panjang?

saya dah penat menunggu.
penat dihampakan.
penat dikecewakan.
saya akan memberikan dia peluang.
tapi kali ini peluang yang benar-benar terakhir.


saya sudah dewasa.
dia sudah dewasa.
sepatutnya sudah patut berfikir secara lebih matang.
sepatutnya sudah boleh membuat keputusan yang lebih bijak.
tolonglah! saya bingung. penat.



















pertunangan sudah ditangguhkan. noktah. saya tidak ada apa2 rasa.

kasihan dekat mak. mak paling gembira bila saya nak bertunang. Ya Allah, tunjukkan jalan. amin.

Saturday, May 7, 2011

Mak saya Superwoman

mak saya sangat istimewa kerana:

masa kami kecik kecik dulu mak sangat garang, memang garang sangat, tapi bila kami dah besar, mak sangat sweet, sporting, dan kawan baik kami.

saya lagi suka shopping dgn mak saya kemudian bff saya kemudian baru mr. amran. eheh. bila balik dr shopping mesti suka salah menyalah antara satu sama lain sbb selalunya akan terlebih shopping secara berlebihan.

dengan mak memang tak ada rahsia. semua kawan baik saya mak kenal. macam moon, renee, wan, dan kbick, bff saya ni memang dah biasa 'bertepuk tampar' dengan mak saya. datang rumah pun dah selalu.

kalau berhajat tak nak bagi tahu mak tentang sesuatu perkara mesti tak dapat, mak mesti dapat teka melalui air muka, atau tingkah laku. naluri mak memang anugerah terhebat kan.

mak kelakar. cakapnya spontan. selalu mengusik anak2nya. hari hari nasihatnya tak pernah hilang. kalau mak balik kampung terutama masa nak jaga arwah atuk yah dulu, rumah memang terasa sepi.

masakan mak adalah yang terbaik. mak juga sangat kreatif, rumah kami penuh dengan jambangan bunga yang mak gubah sendiri, langsir, alas kusyen pun mak buat.

masa belajar dulu saya lagi suka balik rumah tengok mak dan ayah daripada pergi dating. aura bersama mak dan ayah lebih hebat . sebelum pergi kerja atau ke mana2 mesti cium peluk mak dulu, kalau tidak saya rasa tidak lengkap.

kalau berjauhan atau kat tempat kerja, saya selalu berbalas mesej dengan mak. paling sweet bila saya text, 'Mak, I Love You, dan mak akan reply, I Love You too. Oh Sweet!

mak masih ikatkan rambut saya walaupun umur dah 25 tahun. kalau ayah pergi outstation pun kadang2 saya akan tidur dengan mak. bukan manja tapi bermesra dan sayang menyayangi.

mak kami memang ramah. kawan2 tak segan nak sembang dgn mak. tapi kami semua anak2nya tak ade yang mengikut sifat ramahnya, kalau ade pun 40% drpd keramahan mak. tapi ramah mak turun dekat cucu-cucunya terutama anak kakak saya yang sulung. contoh situasi; kakak saya bawak anak dia yang bongsu, Puteri Amanina pergi monthly check up. Abg dia pulak yang sibuk tanya ibu-ibu yang duduk berdekatan, "mak cik, anak makcik ni berapa bulan? nama siapa? adik saya 5 bulan, nama Puteri Amanina Afryna. anak mak cik dah pandai menyiarap? adik saya dah pandai menyiarap, mak cik tinggal kt mana? saya tinggal dekat Presint 9...bla..bla.. ramahkan. nasib baik comel.

Di hari Ibu ini, saya berdoa kepada Allah yang Esa agar menganugerahkan kesihatan yang baik, umur yang panjang, dan kegembiraan kepada mak dan juga ayah saya. Jasa mak dan ayah adalah tidak terhingga, sampai bila-bila pun tak akan terbalas.

Mak saya memang superwoman. Selamat Hari Ibu kepada Mak saya yang tercinta, juga ibu-ibu di seluruh dunia.


.
.
.

.
.
.

.
.
.

mak dan cucu2nya yang ramah
.
.
.

dengan Moon dan Renee
.
.
.

I Love You lahh!!


Wednesday, May 4, 2011

Bila saya bangun pagi

Pernah tak anda bangun pagi-pagi dan teringat beg tangan Charles & Keith yang anda nampak kt Mid Valley semalam?? contoh. kalau anda sering mengalami simptom-simptom ini bermakna anda seorang yang kaki shopping. macam saya bangun pagi-pagi ni terus terbayang siput sedut masak cili api. meleleh air liur weh, bila nak dapat makan ni? tapi ini makanan bukan barangan membeli belah. grrrr. perangai shopping saya ni ada musim, musim saya bukan ikut peredaran zaman tetapi ikut suka rasa saya sendiri, ada musim saya mabuk beli kasut, ada musim mabuk beli handbang, lepas tu musim mabuk beli novel Inggeris atau melayu, agak2 musim baca novel dah nak abes, novel yg terakhir tu mungkin akan jadi mangsa tak habis baca atau baca secara langkah2. kemudian musim tak ade rasa nak beli ape2. dan sekarang musim nak beli shawl aje. oleh yang demikian masa bangun tidur pagi tadi saya terbayang shawl chiffon rainbow dari Milqynway Fashion. saya tgk sekali je shawl ni, masa tu rasa tak nak beli sangat ditambah dengan mata dah ngantuk semalam. tapi pagi ni berkorbar korbar rasa nak beli. entah ape2 aje kan. Then, isi borang nak beli, tekan butang submit. done! =.='

Masa training dengan FSTEP, saya dan kawan-kawan dekat sana pernah menghadiri ceramah tentang pengurusan kewangan dari AKPK dekat Bank Negara. yang paling saya ingat nasihat puan penceramah tu adelah, bagi mereka yang suka shopping ni, kalau dah berkenan dekat satu barang (cth, handbag) dekat shopping mall tu, jangan beli dulu, balik rumah dulu, esok pagi kalau masih teringat dekat handbag tu, jangan beli lagi, cuba tunggu sampai pagi keesokkannya, kalau masih teringat juga cuba tunggu sampai hari ketiga, dia cakap biasanya pada hari ketiga, kita tak kan teringat dah kt handbag tu. saya pulak gatal mulut pergi tanya, kalau teringat lagi macam mana? then puan penceramah tu cakap, then u go and buy it. itu jawapan yang saya nak dengan sebenarnya. kah kah kah kah. Lepas abes ceramah, saya dan ain pergi Sogo, eheh, Bank Negara dan Sogo kan dekat aje.

Nak shopping tak salah kan, asal jangan membazir. kalau guna kad kredit pun tak salah asalkan jangan lupa bayar. Ramai yang takut nak guna kad kredit, memang kena berhati2 guna kad kredit ni, jangan boros dan jangan lupa bayar before due date, nanti interest berkepuk pula. tapi banyak jugak kebaikannya, yang paling nampak bagi saya adalah bila kita nak beli secara online seperti flight ticket dan bayar bil seperti bil broadband, kan agak kurang menyenangkan kalau kita nak kena menapak kat kaunter, beratur semua. Kalau yang guna untuk shopping macam biasalah sebelum beli tu fikir dulu macam cerita Confession of Shopaholic, "Do i need this, do i need this, do i need this??!!" sambil tangan pegang barang tu dan hati berbelah bahagi, lepas tu teringat pula kalau beli handbag ni mungkin boleh digayakan dengan kasut yang baru beli minggu lepas, oh cantik dan sesuai sekali! hati berbelah bahagi lagi. kah kah kah kah, shopaholic sangat kan!


shawl beli dekat D Haja semalam. =.='


Friday, April 22, 2011

Sehingga hari ini

tik tok tik tok. setakat ni perkara2 ni boleh dikira dah settle:

1. jambangan bunga nk letak kt hantaran
2. alas dulang pahar
3. jambangan bunga dekat mini pelamin
4. hantaran utk mr tunang to be yang bukan makanan
5. dulang pahar

dalam proses menyiapkan secara perlahan-lahan:

1. alas hantaran

belum sentuh lagi:

1. baju! kain dah lama beli tapi belum tempah. rancang nk tempah awal bulan mei. tgh survey2 tailor lagi. uhuuu, any suggestion tailor yang ok dkt seremban?
2. langsir; dah beli tapi belum jahit. mak yang akan jahit pun, saya tolong sikit2 je.
3. kusyen; kecil dan besar.

belum beli/tempah:

1. jambangan bunga tambahan.
2. curtain utk mini pelamin.
3. kusyen
4. tudung/veil
5. hantaran jenis makanan ( yg ni pun tgh survey2 lagi, rasanya mid-end bulan may baru nk gi tempah)

ape lagi ye.....

KIV:

1. make up (juruandam) myb akan make up kt studio atau salon aje.
2. photographer (myb akan guna khidmat kawan2 yg pandai dan cantik tangkap gambar) haa, kt umah ni pun ade 2 kamera DSLR, baik gunakan.
3. doorgift; masih memikirkan nk buat ke tak nak. kalau ade myb cup cakes atau cookies.

warna tema dah muktamad. takde panggil catering, masak sendiri je. khemah pun tak payah. simple dan cuba tidak membazir, tapi still berangan nk nampak gojes! oh!

Sunday, February 20, 2011

Oh, saya blurr!

4 bulan++ lagi nak bertunang rupanya. berapa lama masa utk buat preparation bertunang eh? macam awal lagi je semuanya. saya satu bende pun tak prepare lagi. cadangnye bulan depan baru nk mula beli sikit2. saya dan bff sekalian especially moOn dan renEe dah plan nk buat semuanya sendiri, dari mini pelamin hinggalah hantaran, kami kan kreatif-kreatif belaka., okey, perasan. tp dapat jimat banyak duit hookay. cuma make up aje kami panggil andaman, tu pun tak tau nak panggil juru make up yang mana. tailor nk tempah baju pun tak ada lagi. pendek kata semuanya masih blur! T___T

2 minggu baru-baru ni memang menguji kesabaran dan hati saya. memikirkan yang mungkin akan kembali untuk tidak bekerja sudah cukup membuatkan hati ini gundah gulana. boleh kata tahap motivasi dengan semangat tu memang dah menurun. susahnya nk confirm keje. kadang2 kita dah cukup perform tapi kalau department tu tak ade budget untuk headcount pun tak guna juga. semoga murah rezeki untuk interview nanti, insyaAllah. dan harap2 banyak lagi interview2 lain yang akan menyusul. masa update resume hari tu rasa sedih sangat, bilalah agaknya nak dapat kerja yang berstatus permanent. haiiisshhh, cheer up aishah~

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates