Salam Ramadhan yang ke-16. Nampaknya sudah separuh bulan meninggalkan ramadhan. Saya pasti ramai yang menyukai ramadhan berbanding bulan-bulan yang lainnya. Kalau ramadhan ni secara automatik perasaan dan jiwa kita menjadi lebih tenang, jarang marah2, dan mudah memaafkan. Itulah antara kelebihan orang yang berpuasa. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh keberkatan. InsyaAllah.
Walaupun bercuti panjang selama 6 bulan sebelum sambung belajar this september, saya jarang sekali update blog sebab sepanjang 6 bulan ni pun saya hanya duduk di rumah. Jadi memang tak ada aktiviti2 yang boleh dikongsi, cuma saya banyak menseronokkan diri bersama keluarga, pada bulan mei kami pergi berlibur di Sunway Lagoon-ini kali keempat saya ke sana, dah rasa boring jugak Sunway Lagoon ni--sama aja dari dulu. Dan sebelum puasa kami sekeluarga bercuti ke Tawau, Sabah selama 4 hari. Puaslah, dapat berjumpa dengan tempat yang dirindui selama hampir 10 tahun. Mak dan ayah pula menunaikan ibadah umrah pada hujung april yang lepas. Saya banyak menghabiskan masa mencantikkan rumah dan menjadi penjaga kanak-kanak sahaja. Tak apa, saya seronok!
Rumah kami dilanda virus chicken pox, bermula dengan adik perempuan saya, asyiqin. Dia berjaya merebakkan virus kepada 5 orang sekaligus. Saya adalah orang yang ketiga terkena chicken pox selepas amin, iaitu 2 hari selepas kami balik dari sabah. Dua orang anak kakak saya, turut sama terkena chicken pox ni. Mangsa terakhir yang dijangkiti adalah adik lelaki saya anwar yang sekarang berada di tingkatan 5. Adoi, ayat macam soalan matematik. Siapa sangka saya yang paling lambat terkena chicken pox, usia sudah 25 tahun baru nak kena. Sekarang gigih memakai gel mederma untuk menghilangkan parut. syuuhh syuhhh parut, go away!
Puasa kali ini, kebanyakkannya saya tidak teringin nak makan apa2, setakat ni belum lagi. selalunya makan yang mana sudah tersedia. Jalan2 di bazar ramadhan satu seremban pun sama, tidak ada yang teringin nak makan, semuanya hampir sama, begitu juga dengan rasa. Masak sendiri lagi puas hati. Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. Sudahlah saya perlu mengemas rumah dan sekejap lagi mahu masak. Berharap pada diri sendiri supaya lebih rajin update blog di masa akan datang. InsyaAllah.