Saturday, December 25, 2010

take my heart





bercinta
Berdoa agar Allah mempermudahkan impian kami.
♥ 2 Julai 2011
♥ 8 Disember 2012
amin yaraball alamin


dari Nabi Allah, Nabi Musa a.s

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan" (Al-Qasas : 24)


jangan cuba cakap, eleh lambat lagi pun.

Wednesday, December 22, 2010

bercinta


Bercinta ♥

Wednesday, November 17, 2010

::Belum masa, saya belum puas enjoy::

Musim cuti sekolah akan bermula minggu depan. setakat ni aku dah dapat 3 undangan kahwin. dan 3 minggu yang lepas juga, mak tiba-tiba mengutarakan isu yang aku cukup tak gemar nak dengar. mak suruh aku kahwin cepat-cepat. cepat maksudnya dalam masa terdekat. masa tu mak sms aku masa kt office, aku reply senang aje, tepat dan padat, TAK NAK. Timbul lah cerita pasal itu dan ini, kisah anak orang tu yang dah kahwin walaupun suami dan isteri masing-masing berjauhan, mak suruh aku jangan banyak fikir sangat, dan macam-macam lagi yang mak membebel kat aku. memang membuatkan aku hangin lah, balik rumah aku merajuk, tak makan malam, terus mandi dan tidur. eheh, main game dulu baru tido. selalu bila aku balik, aku yang paling riuh rendah sekali, mak suruh makan pun aku buat tak tahu je. pagi esok masa nak salam mak, mak tanya kenapa bad mood, aku cakap kalau mak cakap pasal kahwin lagi, memang kita akan bad mood hari-hari. maka mak aku bersetuju tak nak cakap pasal kahwin dah. Ya Allah, aku tak tahu apa jadi dengan aku, tapi perasaan nak kahwin sudah tawar tak seperti dulu-dulu.

Aku bukan cerewet, tapi aku cuma inginkan kesempurnaan. aku mahu ada rumah, kereta, dan karier yang stabil sebelum kahwin. aku mahu satu perkahwinan yang sempurna di mata aku. aku belum rasa mahu berkahwin jika aku belum rasa secure, belum cukup dengan apa yang aku idamkan. pendek kata, aku sebenarnya masih belum puas menikmati keseronokkan dan kebebasan masa muda.

Heh, tegang gila aku rasa tulis ayat-ayat kat atas tu. siapa tak nak kahwin kan?? seronok tengok wedding orang yang grand. tapi aku bila shopping, bila nampak sales, aku dah tak ingat mana impian perkahwinan aku, that's why aku susah nak menyimpan. eheh. jangan marah aaa.

aku nak perkahwinan ala ala fairytales, ada bunga ros pink berbentuk bola bergantungan kat atas bersama bintang bintang blink-blink yang berjuntaian.


nak pelamin ala ala macam ni. aku suka bunga-bunga berjuntaian yang kat atas pelamin tu. tapi yang ni simple sangat. aku mahu tema pink + purple.

Tuesday, November 16, 2010

::masa oh masa, cuba berlari sikit::

Tik Tok. Tik Tok. Cepatlah pukul 5.45 ni. tak sabar nak balik dah ni. orang dekat ofis sorang2 dah balik. Tadi pergi pavillion dengan saw dan datin orked, balik lambat hookay, jalan jam tak hengat. pukul 2.30 baru sampai ofis. nasib baik line clear. T__T Ish, taubat tak nak buat lagi.

Kerja memang tak ada mood nak buat dah. cuti sehari aje pulak tu. pasrah aishah, pasrah. cepatlah masa ooi, aku tak sabar nak balik dah ni. jangan jalan jam sudah. lagi lambatlah aku sampai rumah.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin :D

Saturday, November 13, 2010

::Sombong tapi sweet::


Ini cerita tentang customer, juruwang, dan make up baru. tempat kejadian, parkson terminal 1 seremban. harap maklum aku memang mempunyai hati yang amat penyabar dan bertoleransi.

aku beli make up. memandangkan aku sudah jatuh hati dengan satu jenama make up baru, aku telah membeli make up dari jenama ini dengan secara banyak. sesuatu yang tidak pernah aku lakukan untuk make up jenama lain walaupun semahal mana atau seglamour mana jenama make up itu. sales girl make up itu yang baik hati telah menemani aku membayar di kaunter. dekat kaunter ada 2 orang customer, seorang chinese girl yang sedang bayar dan seorang mak cik yang bising2. sambil mak cik ni beratur dia masih lagi nak tengok barang2 dekat situ, lepas tu mak cik ni keluar dari Q sebab nak pergi ambil earings. kira kalau engkau dah keluar dari barisan of course lah engkau kena beratur balik kan. di kaunter, cashier adalah seorang anak muda yang ramah dan pemurah dengan senyuman. mak cik tadi datang balik kat kaunter dan buat muka tak puas hati kena beratur balik, dia berdiri dekat belakang aku. tiba2 cashier yang budiman ni ambil barang mak cik ni dulu. OOH OKAY. I'M FINE. lepas je mak cik tu blah, sales girl yang teman aku ni tegur cashier lelaki tu.

sales girl: nape u bagi mak cik tu dulu?
cashier: i takutlah mak cik tu muka sombong dan garang. nanti dia bising2.
sales girl: i tau lah, tapi kena ikut Q lah. cust i u tak kira dia sombong ke tak?
cashier: owh cust u nampak sombong tapi sweet.

cashier senyum dekat aku. aku senyum tak ikhlas. OOH aku memang sweet. terima kasih. tapi barisan tetap barisan. kalau aku dah sound kau baru kau tahu siapa sweet tak sweet. aku memang pantang orang potong barisan. kalau tak kena sound, memang ko akan kena jelingan tajam aku yang akan buat kau tak senang nak berbaris. kalau orang lain boleh beratur, apa pulak keistimewaan engkau yang menyebabkan kau boleh potong barisan. kalau kau pakai credit card AMEX platinum sekalipun tak ada privilege yang menyatakan kau boleh potong barisan dekat shopping complex.

aku dah jumpa make up best. make up yang bertuah itu adalah Farmasi Colour Cosmetics (www.yourbeautymall.com). colour eyeshadow, blusher yang cantik-cantik. powder yang menyebabkan kulit anda bertambah gebu dan lipstick yang tidak comot dan tidak megeringkan. dan yang penting tahan lama. kalau kt kl outlet dia ada dekat Parkson Pavillion, Sg. Wang, Jusco Wangsa Maju, Summit USJ, dan Amcorp Mall. aku dah lama berkenan kat make up ni setiap kali aku pergi kat parkson. tapi setiap kali tu lah tak ada orang entertain aku. baru2 ni sahaja ada sales girl yang sangat baik dan rajin melayan customer kat situ. pertama kali beli aku beli 2 lipstick. kali kedua aku beli two way foundation powder, ball blusher, dan 2 lipstick, dan kali ketiga aku beli liquid eyeliner, lipgloss, dengan eye brow. semua dalam masa sebulan. gila aku tak pernah beli make up jenama lain macam ni. aku memang suka jadi duta tak rasmi produk. sangat prihatinlah. konon-kononnya. tapi make up ni memang best. made in turkey, halal, dan bukan sembarangan punya make up. kalau aku dah suka memang aku akan puji dan promote secara berlebih lebihan.


::Ini gambar percutian Melaka::

Memang seronok bila broadband buat perangai bila mood dan idea sedang berkobar kobar nak menulis blog. rasa nak campak sahaja ke dalam tong sampah. berjam-jam nak upload gambar yang sedikit ni. jemput semua menonton gambar.























Mungkin merasakan penayangan gambar secara berlebihan. KAH KAH ADA AKU KESAH

Tuesday, November 9, 2010

::The vacation::

Perjalanan ke melaka menyeronokkan. Walaupun cuma 2 hari 1 malam je but we really had a great time. Flight kbick & eja dr alor star cancel sebab banjir, tp sebab semangat nak cuti diorang datang juga naik bus. Lain kali bila dah plan nk bercuti dgn kawan-kawan go on je tak payah fikir lama- lama. Kalau asyik hold aje, sampai bila lah tak pergi bercuti. Kami tak pergi banyak tempat pun, muzium samudera, menara taming sari, dataran pahlawan, taman buaya, dan Afamosa water world.


Afamosa memang superb, main air memang superb, especially family craft, gila aku rasa macam nak terbang dari gelongsor besar tu, lagi nervous dr roller coaster, roller coaster at least kita pakai safety belt segala, ni pakai pelampung mana ada safety belt? kami naik sampai 2 kali family craft tu. kali pertama aku rasa tak terbang sangat, kali kedua aku mengucap siap2. kami menjerit sampai ke landasan. dah sampai pun menjerit lagi. hahaha, aku suka taman tema air. tapi taman tema tak air pun aku suka jugak, pendek kata aku suka bercuti ke taman tema. sesuai nak release tension. boleh menjerit kuat2 dan tak ada orang cakap kau gila bila jerit kuat2, tapi janganlah naik cawan yang pusing2 tu pun nak jerit kuat2. MEMANG TAKLAH.


Mula-mula kbick a.k.a ummi nak ajak ramai kawan masa university days dulu tapi ada yang tak angkat call dan ada yang tak dapat cuti. tak apelah, tak apelah, kami pergi bertiga sahaja dengan anak kakak saya amirul harith 6 tahun, dan adik saya anwar bersama tiga kawan2nya. itu bukan tiga aishah, itu sudah lapan. Bila dah habis belajar ( ade rezeki nak sambung belajar lagi), kita boleh nampak mana kawan2 kita yang sudi luangkan masa nak jalan2 apatah lagi nak pergi bercuti sama2. Faham masing2 ada komitmen, tapi bagi aku, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau aku baik kawan yang dah lama atau kawan baru, semuanya dijemput datang ke rumah. Sebab tu mostly kawan2 yang rapat dengan aku, family aku kenal.


Nak pergi bercuti lagilah. bercuti memang hobi aku. tahun depan aku ingat nak pergi ke kedah. nak pergi jugak. aku rindu dekat sana. rindu serindu rindunya. ramai aku tengok yang belajar kat kedah especially UUM mesti rindu nak datang sana balik. tak tahu kenapa, mungkin ada badi. user friendly kot. HAHAHA


sudah. gambar akan menyusul malam nanti.

Saturday, October 30, 2010

::I'm Back!::

selamat membuka blog. kasihan kepada blog aku sebab memiliki tuan macam aku, suka hati bila nk buat private, suka hati bila nk open to public, private bukan sbb privasi tp sebab mood hilang nk memblog. sekarang juga dah guna aku tidak lagi saya. eh, suka hati jugalah nak guna saya ke aku. okey saya?

Yeahh, aishah sudah bekerja di Maybank. Attachment dahulu, harap maklum T__T FSTEP sudah habis. sudah terkubur. eh bukan, astaufirullahalazim maksud aku sudah tamat pengajian dalam kelas di FSTEP. Sekarang para FSTEPian sekalian sedang internship di institusi kewangan seluruh Malaysia, ececeh, klang valley sudah. semoga berjaya kawan2 dan bukan kawan. apa kau kata aishah? bukan kawan, tak dengar ke? yaww! Internal Communication, department yang aku attach sekarang okeylah, sedang2, suam2, tak panas, tak sejuk, tak beku, tak cair. internal comm under customer experience. dkt bhgn department aku, ade 3 lagi department lain, jadi 4 lah kan. aku bawah puan madina. ada core value dengan puan najad, EVER dengan datin orked, dan satu lagi department dengan pn musfirah (ampun, lupa department ape!) tgk semua perempuan hokaay yang jadi head of department. mereka semua ni sangat humble, tak cerewet, down to earth, dan sangat muslimah. dan semua below 40. haa, hebat tak hebat lah kan mereka ni. alhamdulillah, syukur nikmat.

Sudah sebulan internship dan hari jumaat adalah hari balik lambat. kah kah, sedih. aku tahu kamu semua hari jumaat adalah hari untuk balik paling awal. tapi aku adalah hari untuk balik paling lambat. dah 4 minggu dekat maybank, 2x jumaat aku balik lambat. sekali pukul 7.45pm dan semalam adalah paling awal: 9.00pm. awal kan? siapa cakap tak awal pendek umur. tapi tak ape, aku tak kesah, aku kan pekerja berdedikasi.hohoho HOD dekat sini sudah berkeluarga tapi mereka boleh balik pukul 10 lebih, malu aje wei kalau kita yang bujang senang lenang ni tak boleh balik lambat. puan najad lagi, baru sahaja habiskan master, padahal working days selalu balik pukul 10 lebih. itulah itulah nak seribu daya tak hendak seribu dalih.

semua orang suka berlibur dengan menonton gambar. aku pun. nah mari menonton gambar.

ni yati dan fiza. dua2 dr intrnl comm sama dgn aku. tp diorg dh 2 thn gak kt maybank ni

ni saw dengan irma. aku selalu rehat dgn saw, die memg baik. dh kawin pun ade baby girl sorg. sebelah tu irma, dept datin orked

datin orked. kalu siapa tak kenal, datin ni lah adik late yasmin ahmad, pengarah filem melayu dan iklan petronas yg famous tu. datin humble gila. bahasakan diri dia akak, lepas tu panggil orang semua adik. boleh pulak merajuk kalu kita tak pergi lunch dengan dia. datin ni dia particular sikit bab2 makanan. pentingkan makanan yang sihat , pantang sikit dengan makanan segera. ada sekali tu tiba2 je datin jerit dekat aku, ee, apa ni?? aku ingat kenapa, rupanya dia tengok aku makan maggi cup, dia kata tak healthy. yay!

semalam (jumaat) celebrate birthday boss department aku dengan seorang lg staff nama ajan. kami buat surprise party. puan najad kat belakang yg pakai tudung krim dgn spectacles tu. puan madina ni memang baik. ye, semua boss kau memang baik aishah. memanglah. memanglah. tapi dia selalu sibuk. suka tegur orang tapi tak pandai bercerita sangat. macam aku. aku peramah, suka tegur orang, suka senyum, tapi tak pandai nak bercerita. haa, kan sama. nampak tak?

aha, barang2 kt meja aku. dalam tupperware pink tu susu okay. sekarang aku dh minum susu. baru seminggu. dulu jangan harap. memang aku tak pernah dan tak akan minum susu. semua gara2 masa aku senak perut angin tak boleh keluar minggu lepas. mak suruh aku minum susu, mula2 memang aku tak nak lah siap lari dekat ayah lagi menagih simpati, tapi akhirnya aku minum gak sebab dah tak tahan dengan sakit perut. ajaib, aku boleh minum dan habiskan tanpa berasa apa2, mual atau meloyakan. susu nesvita ni best, tak ada bau sangat. minum sejuk2 lagi best. start esoknya aku breakfast cereals dengan susu. nyum! memang sedap. datin cakap sangat healthy awak punya breakfast. haha. memang. vitamin E untuk dry skin. lotion rosken dengan vaseline pun utuk dry skin jugak. i hate dry skin you know. but now is getting better. and i like that. fisherman friend ubat sore throats. tak sedap, aku makan sekali je, tu pun tak habis. yang merah tu handphone sony ericsson bukan iphone. harap maklum. iphone belum lagi, aku nak tunggu insentif potongan cukai dulu. siapa sudi nak belikan. anyone? no one.

telefon. bekas air. dgn sarung handphone. semua orang pun tau. dlm frame gambar bestfriend forever. moon dengan renee sure kembang kempis hidung mereka bila tahu aku letak gambar kami dekat meja ofis. i love u all. :D

cermin muka. jam teddy bear abang long yang bagi masa graduation. stationery box, name tag, payung beli kt central market dengan yellow form tu paling special. borang cuti itu. saya mahu pergi vacation. hahaha. seronoklah. puan madina suruh approve. hahaha. lagi seronoklah.

ini komputer. sekian.

robot. robot. dan robot. meja saya dikelilingi tiga orang lelaki. 2 berkahwin. satu bujang. hobi mereka mengumpul robot. shopping robot. meja mereka, atas pc, dan ruang2 kosong semua dipenuhi robot. yang saya tahu robot gundam aje. yang lain2 saya tak tahu. at least saya tahu jugak kan. yay!

ini qaseh aishah (bukan nama sebenar). blogger yang sudah lama menyepikan diri. dikehendaki berehat selama 7 bulan kerana mengalami kecederaan lutut. kah kah kah. percayalah kau. pose ayu kan. ini memang sikap saya, ayu bagaikan perempuan melayu belum berakhir. boleh blah.

yes, i am a star!

aku sudah beli kamera baru. menggantikan kamera samsung yang parent belikan masa pergi seoul 4 tahun lepas. bukan dslr lah, camera compact canon yang best dan function macam dslr juga. aku tidak berminat sangat dengan dslr sebab berat dan besar. kamera ni siap ada fish eye dengan miniature dengan video HD lagi. tapi camera ni agak berat juga berbanding camera compact yang lain, sbb lens dia boleh zoom 14x.

aku punya kalau bijak boleh teka colour apa. bukan hitam dan bukan gold. kah kah. untuk makluman 3 colour ni sahaja yang ada. jangan berangan untuk cari colour pink atau silver. memang tak ada. model lain ada. kalau boleh beli lah model lain, jangan beli model macam aku. sebab kamera ni sangat best dan sesuai untuk orang yang best sahaja.

template sudah banyak lari. sebab aku tak pandai nk edit html. siapa boleh ajar. T___T

aku berjanji nak tulis banyak banyak lagi lepas ini.
selamat datang. selamat datang. selamat datang kembali. saya sudah kembali.


Sunday, February 21, 2010

.::Esok di Fstep::.

esk sudah mahu memulakan kerjaya di fstep. owh, excitednye! sengaja membuat perasaan berkobar2 supaya sya pun dpt berkobar2. sudah tamat tempoh sya bermalas malasan di rumah. hampir sebulan jugaklah sya duduk relax sahaja. tidak, sya tidak relax shj, goyang kaki, tgk tv, online sepanjang hari, tidak itu bukan sya. kerja2 mak menjadi mudah sekali apabila sya ada di rumah, sya tolong membasuh baju, sidai baju, lipat baju, dan kemas rumah. mak tinggal memasak shj. bukan sya tidak pandai memasak, cuma kurang memasak shj, dan lebih senang mak yang masak.

hrmm..ini bukti sya boleh masak..hahaha
cadangnya nk buat entry pasal masak memasak ni tapi ntah kenapa x jd pulak!


sayur broccoli goreng

ayam masak merah


kedua2 lauk ni licin habis..alhamdulillah

mr.buah hati pun dh dtg ari tu. kami dh jalan2 & mr buah hati tolong skali sya pindahkn brg2 dr rumah sewa dkt wangsa maju. sya dh x menyewa kt sana.. ayah dh panggil balik. lgpun waktu kerja nanti 9am-5pm shj. bestkan..? :D


dh masuk fstep ni, sya sudah tidak mahu toleh kebelakang lagi. sya mahu fokus untuk kerjaya sya dlm bidang kewangan ni. InsyaAllah. x pernah terfikir pun dh besar nk jd banker..! inilah namanye rezeki. yg penting kerjaya ni direstui oleh emak & ayah sya.

InsyaAllah 28 Mac ini juga hari konvokesyen sya. Seronoknya, Alhamdulillah..sya dapat grad dgn pointer yg diidamkan. :) Teruja sungguh nk jumpa dgn kwn2 yg dirindui. Hopefully dapat cuti 2 ari untuk konvo nti. Baju konvo sbnrnya dh tempah, sutera batik digital beli kt terengganu ari tue, tapi baru2 ni sya berkenan dgn kain fesyen jenis silk sulam manik, tp kain yg ni belum dpt lg, mintak2 dpt siap sblum konvokesyen nti. Yg penting konvokesyen nti berjalan lancar & sya pun dapat grad dgn jayanya! InsyaAllah..amin..

......

Tuesday, February 2, 2010

.::Buah Hati Sya::.

setiap perempuan mesti nk cantik kan. mesti korg pakai macam2 produk juga utk cantik. kalu sya yg paling utama adalah kebersihan. dah pakai make up kena cuci pakai make up remover atau wet tissues dulu baru boleh pakai facial cleanser kte. sya bersyukur dianugerahkan kulit yg tidak cerewet, cuma kdg2 sya mengalami masalah kulit kering, selalu org kulit berminyak kan..tue lah nk cari produk utk kulit kering agak susah sikit. tak kisah lah kte pakai jenama ape, yg murah ke yg mahal, janji produk tu mestilah selamat utk kulit kte.

selain muka, mesti ada yg rajin makan vitamin2 atau supplement lain utk kulit & badan. jgn ingat kte masih muda tak perlu semua tu lagi, sebenarnya dr muda2 lah dh kena makan, supaya kte sentiasa cergas, sihat, dan cantik. setakat ni sya paling suke minum inner shine. dh lama jugak start minum inner shine, ade dh setahun, dr perisa prune, berry, & quince semua pun sya suke. yg paling masam tentunya quince, x sah kalu x berkerut2 muka kalau minum, prune sederhana masam, dan berry yg paling kurang masam. tp sangat sedap. hasilnya agak memuaskan, kte kena lah sentiasa minum utk mendapatkan hasil. ni baru cuba satu kotak dh membebel2 x de kesan, at least kena minum satu botol sehari. kalu korg mahukan keyakinan, kecantikkan, & kesihatan yg baik, sya memg recommendkan produk inner shine ni. Hah! sejak ble jd duta prduk ni..? inner shine byr royalti brape? ikutkan inner shine ni xdelah mahal sgt, berbanding dgn sesetengah supplement & vitamin2 lain yg beratus2 harganya. pendek kata, mampu beli & berbaloi lah! x taw knapa ari ni aishah mempromote produk2 kecantikan segala..?


ini pati quince.my favorite!

ini pati prune

ini pati berry




Bio Essence: utk penjagaan kulit muka (:




Sony Ericsson W995

owh ini bukan produk kecantikan! yg ini pulak sony w995, buah hati baru sya. alhamdulillah..akhirnya dpt jugak hp yg best. original set tau, sya x prefer sgt beli hp yg ap set. biarlah mahal sikit pun yg penting kte puas hati dgn warranty die. yg sya beli ni ade 2 tahun warranty. sya beli kaler merah, baru ade ong! haha. sbnrnye sya x prefer sgt kaler2 selamat mcm kaler hitam. nasiblah xde kaler pink, kalu x sya dh amek kaler pink! setakat ni belum ade snap pic lg. yelah hp bru berusia sehari. x smpai 24 jam lg. ingt nk snap pic mase jumpa dia nti baru tempek kt blog ni. thanks kat ayah sbb tlg top up duit utk beli hp ni. nk ikutkn duit sya sorg, alahaiiii...... =P
cayangg ayah! (:


p/s: mase cuti2 (tambah tolak) 20 hari ni juge sudah semakin rajin ke dapur. hari ini saje sudah menyiapkan mi sup special dgn smbl kicap yg pedasss sgt! best! :D



......

Sunday, January 31, 2010

.::sya cuti 20 hari::.

salam kepada blog sya, dan salam juge kepada blogger semua..hai..hai.. dan hai.. :) sya sangat kasihan dengan blog ini..sya sayangkan blog ini tetapi hanya singgah sahaja, amat jarang mengupdate ape2 cerita..sya sudah tidak mengaktifkan lagi broadband yg lembab itu. jd bile balik ke seremban barulah dapat online.

sya sekarang sedang honeymoon selama (tambah tolak) 20 hari. sya sudah meninggalkan bank yg 'budiman' itu. hajat dihati mahu bekerja dlm bidang yg sya minati. tp x sangka sya dapat FSTEP dr Bank Negara. Sayang pulak rasanye nk tolak tawaran tue. mungkin sudah rezeki, keluar bank tp masuk bank balik. sya tidak sangka, dan tidak juga excited. tapi sya tidak mahu menolak, kerana sya yakin setiap sesuatu yg Allah tentukan utk kte itu mesti ade hikmah disebaliknya. InsyaAllah.. (:

Ingatkan sudah tidak perlu tinggal di wangsa maju. tapi nampaknya saya terpaksa pulang ke sana semula. Jujur, sya tidak begitu gemar tinggal di KL. x seronok pun. tiap2 malam sabtu sya akan pulang ke seremban. menghadap muka emak, ayah, & adik2 sya lagi seronok dr berjalan2 di kl itu. sya lagi suka shopping di seremban. walaupun x banyak pilihan, tp semua kedai2 favorite sya ade di sini. aman.damai.sentosa.

Lama x berjumpa kawan2. Hujung bulan 3 sudah mahu konvokesyen (: Seronok & Excited.
Owh, dia akan datang 9hb nti. lalalala... (: akhirnya, setelah hampir 4 bulan lebih tidak berjumpa. begini lah kami selama hampir 5 tahun ini, berjumpa selang 3 & 4 bulan sekali.

-Okey- (sya suka menghabiskan cerita secara tergantung--td bnyk idea, sekarang sudah hilang!) daa~


.....




Saturday, January 30, 2010

.::menanti::.

sya masih menanti. menanti sesuatu yg tidak pasti. menunggu yg tidak mungkin akan tercapai. tapi smpai hari ini sya tidak pernah jemu menunggu. tetapi sya juga tidak berusaha & tidak akan berusaha.


dan sya tidak pasti smpai bile sya akan menunggu

mungkin smpai bile2..

sehingga sya penat..


ko tunggu ape aishah..? tunggu orang? bende? handbags? kasut? impian? cita2?


adelah. rahsia sampai akhir hayat! =P


.....

Sunday, January 17, 2010

.::saya menulis juga::.

salam. sya sudah begitu lama nampaknya tidak menulis. sudah 3 bulan juga sya bekerja di sebuah institusi kewangan di Malaysia. tidak seronok. sya tidak menyukai kerja saya. dan nampaknya sudah tidak boleh bertahan lagi. pekerjaan ini boleh membuatkan sya sakit jantung. pekerjaan ini juga berisiko. rasanya lebih hebat risiko nya dari menjadi polis atau bomba. hahaha. dan yang membuatkan sya bertambah tidak tahan, mereka kurang menjaga kebajikan pekerja, sehinggakan mahu pergi sembahyang atau ladies pun perlu mendapat kebenaran. mereka membiarkan kami bekerja lebih masa tanpa membayar apa2. cukuplah, sya merasakan sya berhak mendapat pekerjaan yg lebih baik drp sekarang. sya tidak terdesak pun mahu bekerja di situ.

Sya sudah kembali kepada hobi lama. membaca novel. seronok. naik lrt sepanjang 17 stesen setiap kali pegi dan balik, xkn nk duduk atau berdiri sambil tengok org shj. Sya enjoy membaca novel. tp sya cerewet dalam memilih novel, sya tidak kisah cerita ape2 pun, tetapi gaya penulisan mestilah baik, logik, berkesan, gaya bahasa yang sederhana, relevan, dan tidak janggal. ramai yg memilih membaca novel romantis & happy ending tapi sya lebih suka memilih novel konflik & pengalaman kehidupan. dari kecil lagi sbnrnya ayah yang paling suka membelikan kami buku cerita. emak pun x terkecuali. kami tidak kisah berbelanja banyak untuk membeli buku. sampai sekarang bila nak berjalan jauh sama ada menaiki kereta, kapal terbang atau bas, sya mesti membeli novel baru untuk di baca sepanjang perjalanan.

Sya berharap dapat memiliki pekerjaan baru. Pekerjaan yang menyeronokkan dan membuatkan sya teruja untuk pergi kerja. Pekerjaan sekarang ni..? huh, hampir setiap pagi sya menyumpah betapa tidak seronoknya sya mahu pergi kerja. orang cakap jgn memilih, susah nk dapat kerja sekarang ni. ntahlah, bagi sya kita berhak memilih mendapat pekerjaan yang kita suka. bila kita tak suka nk pegi kerja pun tak baik juga, kerana kita berkerja dengan hati yang tidak ikhlas. sya bukannya hendak memilih pekerjaan yang glamour, tinggi jawatannya atau tinggi bayarannya, tapi sya mahukan pekerjaan yang melambangkan diri sya, tidak berpura2 & tidak hipokrit.

Sekian.kalau ada masa sya akan menulis lagi. =P


......

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates