Wednesday, November 17, 2010

::Belum masa, saya belum puas enjoy::

Musim cuti sekolah akan bermula minggu depan. setakat ni aku dah dapat 3 undangan kahwin. dan 3 minggu yang lepas juga, mak tiba-tiba mengutarakan isu yang aku cukup tak gemar nak dengar. mak suruh aku kahwin cepat-cepat. cepat maksudnya dalam masa terdekat. masa tu mak sms aku masa kt office, aku reply senang aje, tepat dan padat, TAK NAK. Timbul lah cerita pasal itu dan ini, kisah anak orang tu yang dah kahwin walaupun suami dan isteri masing-masing berjauhan, mak suruh aku jangan banyak fikir sangat, dan macam-macam lagi yang mak membebel kat aku. memang membuatkan aku hangin lah, balik rumah aku merajuk, tak makan malam, terus mandi dan tidur. eheh, main game dulu baru tido. selalu bila aku balik, aku yang paling riuh rendah sekali, mak suruh makan pun aku buat tak tahu je. pagi esok masa nak salam mak, mak tanya kenapa bad mood, aku cakap kalau mak cakap pasal kahwin lagi, memang kita akan bad mood hari-hari. maka mak aku bersetuju tak nak cakap pasal kahwin dah. Ya Allah, aku tak tahu apa jadi dengan aku, tapi perasaan nak kahwin sudah tawar tak seperti dulu-dulu.

Aku bukan cerewet, tapi aku cuma inginkan kesempurnaan. aku mahu ada rumah, kereta, dan karier yang stabil sebelum kahwin. aku mahu satu perkahwinan yang sempurna di mata aku. aku belum rasa mahu berkahwin jika aku belum rasa secure, belum cukup dengan apa yang aku idamkan. pendek kata, aku sebenarnya masih belum puas menikmati keseronokkan dan kebebasan masa muda.

Heh, tegang gila aku rasa tulis ayat-ayat kat atas tu. siapa tak nak kahwin kan?? seronok tengok wedding orang yang grand. tapi aku bila shopping, bila nampak sales, aku dah tak ingat mana impian perkahwinan aku, that's why aku susah nak menyimpan. eheh. jangan marah aaa.

aku nak perkahwinan ala ala fairytales, ada bunga ros pink berbentuk bola bergantungan kat atas bersama bintang bintang blink-blink yang berjuntaian.


nak pelamin ala ala macam ni. aku suka bunga-bunga berjuntaian yang kat atas pelamin tu. tapi yang ni simple sangat. aku mahu tema pink + purple.

0 comments:

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates