Wednesday, November 17, 2010

::Belum masa, saya belum puas enjoy::

Musim cuti sekolah akan bermula minggu depan. setakat ni aku dah dapat 3 undangan kahwin. dan 3 minggu yang lepas juga, mak tiba-tiba mengutarakan isu yang aku cukup tak gemar nak dengar. mak suruh aku kahwin cepat-cepat. cepat maksudnya dalam masa terdekat. masa tu mak sms aku masa kt office, aku reply senang aje, tepat dan padat, TAK NAK. Timbul lah cerita pasal itu dan ini, kisah anak orang tu yang dah kahwin walaupun suami dan isteri masing-masing berjauhan, mak suruh aku jangan banyak fikir sangat, dan macam-macam lagi yang mak membebel kat aku. memang membuatkan aku hangin lah, balik rumah aku merajuk, tak makan malam, terus mandi dan tidur. eheh, main game dulu baru tido. selalu bila aku balik, aku yang paling riuh rendah sekali, mak suruh makan pun aku buat tak tahu je. pagi esok masa nak salam mak, mak tanya kenapa bad mood, aku cakap kalau mak cakap pasal kahwin lagi, memang kita akan bad mood hari-hari. maka mak aku bersetuju tak nak cakap pasal kahwin dah. Ya Allah, aku tak tahu apa jadi dengan aku, tapi perasaan nak kahwin sudah tawar tak seperti dulu-dulu.

Aku bukan cerewet, tapi aku cuma inginkan kesempurnaan. aku mahu ada rumah, kereta, dan karier yang stabil sebelum kahwin. aku mahu satu perkahwinan yang sempurna di mata aku. aku belum rasa mahu berkahwin jika aku belum rasa secure, belum cukup dengan apa yang aku idamkan. pendek kata, aku sebenarnya masih belum puas menikmati keseronokkan dan kebebasan masa muda.

Heh, tegang gila aku rasa tulis ayat-ayat kat atas tu. siapa tak nak kahwin kan?? seronok tengok wedding orang yang grand. tapi aku bila shopping, bila nampak sales, aku dah tak ingat mana impian perkahwinan aku, that's why aku susah nak menyimpan. eheh. jangan marah aaa.

aku nak perkahwinan ala ala fairytales, ada bunga ros pink berbentuk bola bergantungan kat atas bersama bintang bintang blink-blink yang berjuntaian.


nak pelamin ala ala macam ni. aku suka bunga-bunga berjuntaian yang kat atas pelamin tu. tapi yang ni simple sangat. aku mahu tema pink + purple.

Tuesday, November 16, 2010

::masa oh masa, cuba berlari sikit::

Tik Tok. Tik Tok. Cepatlah pukul 5.45 ni. tak sabar nak balik dah ni. orang dekat ofis sorang2 dah balik. Tadi pergi pavillion dengan saw dan datin orked, balik lambat hookay, jalan jam tak hengat. pukul 2.30 baru sampai ofis. nasib baik line clear. T__T Ish, taubat tak nak buat lagi.

Kerja memang tak ada mood nak buat dah. cuti sehari aje pulak tu. pasrah aishah, pasrah. cepatlah masa ooi, aku tak sabar nak balik dah ni. jangan jalan jam sudah. lagi lambatlah aku sampai rumah.

Selamat Hari Raya Aidiladha. Maaf Zahir dan Batin :D

Saturday, November 13, 2010

::Sombong tapi sweet::


Ini cerita tentang customer, juruwang, dan make up baru. tempat kejadian, parkson terminal 1 seremban. harap maklum aku memang mempunyai hati yang amat penyabar dan bertoleransi.

aku beli make up. memandangkan aku sudah jatuh hati dengan satu jenama make up baru, aku telah membeli make up dari jenama ini dengan secara banyak. sesuatu yang tidak pernah aku lakukan untuk make up jenama lain walaupun semahal mana atau seglamour mana jenama make up itu. sales girl make up itu yang baik hati telah menemani aku membayar di kaunter. dekat kaunter ada 2 orang customer, seorang chinese girl yang sedang bayar dan seorang mak cik yang bising2. sambil mak cik ni beratur dia masih lagi nak tengok barang2 dekat situ, lepas tu mak cik ni keluar dari Q sebab nak pergi ambil earings. kira kalau engkau dah keluar dari barisan of course lah engkau kena beratur balik kan. di kaunter, cashier adalah seorang anak muda yang ramah dan pemurah dengan senyuman. mak cik tadi datang balik kat kaunter dan buat muka tak puas hati kena beratur balik, dia berdiri dekat belakang aku. tiba2 cashier yang budiman ni ambil barang mak cik ni dulu. OOH OKAY. I'M FINE. lepas je mak cik tu blah, sales girl yang teman aku ni tegur cashier lelaki tu.

sales girl: nape u bagi mak cik tu dulu?
cashier: i takutlah mak cik tu muka sombong dan garang. nanti dia bising2.
sales girl: i tau lah, tapi kena ikut Q lah. cust i u tak kira dia sombong ke tak?
cashier: owh cust u nampak sombong tapi sweet.

cashier senyum dekat aku. aku senyum tak ikhlas. OOH aku memang sweet. terima kasih. tapi barisan tetap barisan. kalau aku dah sound kau baru kau tahu siapa sweet tak sweet. aku memang pantang orang potong barisan. kalau tak kena sound, memang ko akan kena jelingan tajam aku yang akan buat kau tak senang nak berbaris. kalau orang lain boleh beratur, apa pulak keistimewaan engkau yang menyebabkan kau boleh potong barisan. kalau kau pakai credit card AMEX platinum sekalipun tak ada privilege yang menyatakan kau boleh potong barisan dekat shopping complex.

aku dah jumpa make up best. make up yang bertuah itu adalah Farmasi Colour Cosmetics (www.yourbeautymall.com). colour eyeshadow, blusher yang cantik-cantik. powder yang menyebabkan kulit anda bertambah gebu dan lipstick yang tidak comot dan tidak megeringkan. dan yang penting tahan lama. kalau kt kl outlet dia ada dekat Parkson Pavillion, Sg. Wang, Jusco Wangsa Maju, Summit USJ, dan Amcorp Mall. aku dah lama berkenan kat make up ni setiap kali aku pergi kat parkson. tapi setiap kali tu lah tak ada orang entertain aku. baru2 ni sahaja ada sales girl yang sangat baik dan rajin melayan customer kat situ. pertama kali beli aku beli 2 lipstick. kali kedua aku beli two way foundation powder, ball blusher, dan 2 lipstick, dan kali ketiga aku beli liquid eyeliner, lipgloss, dengan eye brow. semua dalam masa sebulan. gila aku tak pernah beli make up jenama lain macam ni. aku memang suka jadi duta tak rasmi produk. sangat prihatinlah. konon-kononnya. tapi make up ni memang best. made in turkey, halal, dan bukan sembarangan punya make up. kalau aku dah suka memang aku akan puji dan promote secara berlebih lebihan.


::Ini gambar percutian Melaka::

Memang seronok bila broadband buat perangai bila mood dan idea sedang berkobar kobar nak menulis blog. rasa nak campak sahaja ke dalam tong sampah. berjam-jam nak upload gambar yang sedikit ni. jemput semua menonton gambar.























Mungkin merasakan penayangan gambar secara berlebihan. KAH KAH ADA AKU KESAH

Tuesday, November 9, 2010

::The vacation::

Perjalanan ke melaka menyeronokkan. Walaupun cuma 2 hari 1 malam je but we really had a great time. Flight kbick & eja dr alor star cancel sebab banjir, tp sebab semangat nak cuti diorang datang juga naik bus. Lain kali bila dah plan nk bercuti dgn kawan-kawan go on je tak payah fikir lama- lama. Kalau asyik hold aje, sampai bila lah tak pergi bercuti. Kami tak pergi banyak tempat pun, muzium samudera, menara taming sari, dataran pahlawan, taman buaya, dan Afamosa water world.


Afamosa memang superb, main air memang superb, especially family craft, gila aku rasa macam nak terbang dari gelongsor besar tu, lagi nervous dr roller coaster, roller coaster at least kita pakai safety belt segala, ni pakai pelampung mana ada safety belt? kami naik sampai 2 kali family craft tu. kali pertama aku rasa tak terbang sangat, kali kedua aku mengucap siap2. kami menjerit sampai ke landasan. dah sampai pun menjerit lagi. hahaha, aku suka taman tema air. tapi taman tema tak air pun aku suka jugak, pendek kata aku suka bercuti ke taman tema. sesuai nak release tension. boleh menjerit kuat2 dan tak ada orang cakap kau gila bila jerit kuat2, tapi janganlah naik cawan yang pusing2 tu pun nak jerit kuat2. MEMANG TAKLAH.


Mula-mula kbick a.k.a ummi nak ajak ramai kawan masa university days dulu tapi ada yang tak angkat call dan ada yang tak dapat cuti. tak apelah, tak apelah, kami pergi bertiga sahaja dengan anak kakak saya amirul harith 6 tahun, dan adik saya anwar bersama tiga kawan2nya. itu bukan tiga aishah, itu sudah lapan. Bila dah habis belajar ( ade rezeki nak sambung belajar lagi), kita boleh nampak mana kawan2 kita yang sudi luangkan masa nak jalan2 apatah lagi nak pergi bercuti sama2. Faham masing2 ada komitmen, tapi bagi aku, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau aku baik kawan yang dah lama atau kawan baru, semuanya dijemput datang ke rumah. Sebab tu mostly kawan2 yang rapat dengan aku, family aku kenal.


Nak pergi bercuti lagilah. bercuti memang hobi aku. tahun depan aku ingat nak pergi ke kedah. nak pergi jugak. aku rindu dekat sana. rindu serindu rindunya. ramai aku tengok yang belajar kat kedah especially UUM mesti rindu nak datang sana balik. tak tahu kenapa, mungkin ada badi. user friendly kot. HAHAHA


sudah. gambar akan menyusul malam nanti.

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates