Saturday, October 30, 2010

::I'm Back!::

selamat membuka blog. kasihan kepada blog aku sebab memiliki tuan macam aku, suka hati bila nk buat private, suka hati bila nk open to public, private bukan sbb privasi tp sebab mood hilang nk memblog. sekarang juga dah guna aku tidak lagi saya. eh, suka hati jugalah nak guna saya ke aku. okey saya?

Yeahh, aishah sudah bekerja di Maybank. Attachment dahulu, harap maklum T__T FSTEP sudah habis. sudah terkubur. eh bukan, astaufirullahalazim maksud aku sudah tamat pengajian dalam kelas di FSTEP. Sekarang para FSTEPian sekalian sedang internship di institusi kewangan seluruh Malaysia, ececeh, klang valley sudah. semoga berjaya kawan2 dan bukan kawan. apa kau kata aishah? bukan kawan, tak dengar ke? yaww! Internal Communication, department yang aku attach sekarang okeylah, sedang2, suam2, tak panas, tak sejuk, tak beku, tak cair. internal comm under customer experience. dkt bhgn department aku, ade 3 lagi department lain, jadi 4 lah kan. aku bawah puan madina. ada core value dengan puan najad, EVER dengan datin orked, dan satu lagi department dengan pn musfirah (ampun, lupa department ape!) tgk semua perempuan hokaay yang jadi head of department. mereka semua ni sangat humble, tak cerewet, down to earth, dan sangat muslimah. dan semua below 40. haa, hebat tak hebat lah kan mereka ni. alhamdulillah, syukur nikmat.

Sudah sebulan internship dan hari jumaat adalah hari balik lambat. kah kah, sedih. aku tahu kamu semua hari jumaat adalah hari untuk balik paling awal. tapi aku adalah hari untuk balik paling lambat. dah 4 minggu dekat maybank, 2x jumaat aku balik lambat. sekali pukul 7.45pm dan semalam adalah paling awal: 9.00pm. awal kan? siapa cakap tak awal pendek umur. tapi tak ape, aku tak kesah, aku kan pekerja berdedikasi.hohoho HOD dekat sini sudah berkeluarga tapi mereka boleh balik pukul 10 lebih, malu aje wei kalau kita yang bujang senang lenang ni tak boleh balik lambat. puan najad lagi, baru sahaja habiskan master, padahal working days selalu balik pukul 10 lebih. itulah itulah nak seribu daya tak hendak seribu dalih.

semua orang suka berlibur dengan menonton gambar. aku pun. nah mari menonton gambar.

ni yati dan fiza. dua2 dr intrnl comm sama dgn aku. tp diorg dh 2 thn gak kt maybank ni

ni saw dengan irma. aku selalu rehat dgn saw, die memg baik. dh kawin pun ade baby girl sorg. sebelah tu irma, dept datin orked

datin orked. kalu siapa tak kenal, datin ni lah adik late yasmin ahmad, pengarah filem melayu dan iklan petronas yg famous tu. datin humble gila. bahasakan diri dia akak, lepas tu panggil orang semua adik. boleh pulak merajuk kalu kita tak pergi lunch dengan dia. datin ni dia particular sikit bab2 makanan. pentingkan makanan yang sihat , pantang sikit dengan makanan segera. ada sekali tu tiba2 je datin jerit dekat aku, ee, apa ni?? aku ingat kenapa, rupanya dia tengok aku makan maggi cup, dia kata tak healthy. yay!

semalam (jumaat) celebrate birthday boss department aku dengan seorang lg staff nama ajan. kami buat surprise party. puan najad kat belakang yg pakai tudung krim dgn spectacles tu. puan madina ni memang baik. ye, semua boss kau memang baik aishah. memanglah. memanglah. tapi dia selalu sibuk. suka tegur orang tapi tak pandai bercerita sangat. macam aku. aku peramah, suka tegur orang, suka senyum, tapi tak pandai nak bercerita. haa, kan sama. nampak tak?

aha, barang2 kt meja aku. dalam tupperware pink tu susu okay. sekarang aku dh minum susu. baru seminggu. dulu jangan harap. memang aku tak pernah dan tak akan minum susu. semua gara2 masa aku senak perut angin tak boleh keluar minggu lepas. mak suruh aku minum susu, mula2 memang aku tak nak lah siap lari dekat ayah lagi menagih simpati, tapi akhirnya aku minum gak sebab dah tak tahan dengan sakit perut. ajaib, aku boleh minum dan habiskan tanpa berasa apa2, mual atau meloyakan. susu nesvita ni best, tak ada bau sangat. minum sejuk2 lagi best. start esoknya aku breakfast cereals dengan susu. nyum! memang sedap. datin cakap sangat healthy awak punya breakfast. haha. memang. vitamin E untuk dry skin. lotion rosken dengan vaseline pun utuk dry skin jugak. i hate dry skin you know. but now is getting better. and i like that. fisherman friend ubat sore throats. tak sedap, aku makan sekali je, tu pun tak habis. yang merah tu handphone sony ericsson bukan iphone. harap maklum. iphone belum lagi, aku nak tunggu insentif potongan cukai dulu. siapa sudi nak belikan. anyone? no one.

telefon. bekas air. dgn sarung handphone. semua orang pun tau. dlm frame gambar bestfriend forever. moon dengan renee sure kembang kempis hidung mereka bila tahu aku letak gambar kami dekat meja ofis. i love u all. :D

cermin muka. jam teddy bear abang long yang bagi masa graduation. stationery box, name tag, payung beli kt central market dengan yellow form tu paling special. borang cuti itu. saya mahu pergi vacation. hahaha. seronoklah. puan madina suruh approve. hahaha. lagi seronoklah.

ini komputer. sekian.

robot. robot. dan robot. meja saya dikelilingi tiga orang lelaki. 2 berkahwin. satu bujang. hobi mereka mengumpul robot. shopping robot. meja mereka, atas pc, dan ruang2 kosong semua dipenuhi robot. yang saya tahu robot gundam aje. yang lain2 saya tak tahu. at least saya tahu jugak kan. yay!

ini qaseh aishah (bukan nama sebenar). blogger yang sudah lama menyepikan diri. dikehendaki berehat selama 7 bulan kerana mengalami kecederaan lutut. kah kah kah. percayalah kau. pose ayu kan. ini memang sikap saya, ayu bagaikan perempuan melayu belum berakhir. boleh blah.

yes, i am a star!

aku sudah beli kamera baru. menggantikan kamera samsung yang parent belikan masa pergi seoul 4 tahun lepas. bukan dslr lah, camera compact canon yang best dan function macam dslr juga. aku tidak berminat sangat dengan dslr sebab berat dan besar. kamera ni siap ada fish eye dengan miniature dengan video HD lagi. tapi camera ni agak berat juga berbanding camera compact yang lain, sbb lens dia boleh zoom 14x.

aku punya kalau bijak boleh teka colour apa. bukan hitam dan bukan gold. kah kah. untuk makluman 3 colour ni sahaja yang ada. jangan berangan untuk cari colour pink atau silver. memang tak ada. model lain ada. kalau boleh beli lah model lain, jangan beli model macam aku. sebab kamera ni sangat best dan sesuai untuk orang yang best sahaja.

template sudah banyak lari. sebab aku tak pandai nk edit html. siapa boleh ajar. T___T

aku berjanji nak tulis banyak banyak lagi lepas ini.
selamat datang. selamat datang. selamat datang kembali. saya sudah kembali.


 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates