Thursday, May 26, 2011

alhamdulillah

alhamdulillah.


.
.
.



akhirnya sampai seru saya nak sambung belajar semula. sepatutnya sudah mula dari awal lagi. tapi tidak apa, sekurang kurangnya saya sudah dapat pengalaman kerja sedikit. lagipun sebelum ni, saya keliru nak pilih course apa, memang ikutkan hati saya masih nak sambung dalam pengajian sains politik, tapi setelah fikir punya fikir dan mengambil kira nasihat dari ayah, saya ambil keputusan nak buat MBA. insyaAllah, ia pilihan yang tepat. nampakkan, september intake, maknanye ada lebih kurang 3 bulan ++ lagi, saya rasa amat perlu utk saya cari kerja part time, tak boleh jadi kalau nak duduk rumah sahaja untuk tempoh 6 bulan.

UIA proses permohonan saya sangat cepat, saya masih ingat hantar borang pada 11 mei (tarikh tutup permohonan 15 mei), dan surat permohonan ni bertarikh 20 mei. cepat kan. tapi utk program MBA, kebanyakkan universiti memerlukan kita menghantar essay yang biasanya memerlukan kita menyatakan sebab2 kita nak masuk program MBA ni. sehari semalam juga saya pulun buat essay tu. tapi tak apa, berbaloi.

Lepas ni nak kena call pihak kolej kediaman UIA, booking bilik hostel cepat2, tak larat mak ooi nak duduk luar. tak suka kalau belajar takde environment campus life. macam tak best. selain UIA ada juga apply MBA dekat universiti lain, tapi permohonan masih diproses, yelah, awal lagikan, intake pun september. woahhh, tak sabar nak jadi pelajar semula!

mak, ayah dan adik amin baru pulang dari mengerjakan ibadat umrah dan ziarah semalam. dan saya masih belum beritahu mak tentang pertunangan kami yang ditangguhkan. tak sampai hati sangat2. ya Allah, kuatkan hatiku, terangi jalanku. amin.

1 comments:

izoealie said...

salam...awak adalah yg sy cari2 aha..actually sy try survey utk sambung master dekat uia dalam MBA so blew sy goole2 dapat plak email awak..saya harap kalo x keberatan leh lah emailkan kat saya syarat2 atau ap2 yg perlu untuk future study saya nie...email dekat zulkiflli87@gmail.com...sy harap awak respond yea

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates