Saturday, November 29, 2008

.::Cuti...nk buat ape eh?::.







mane satu lg best?sunway ke genting...?


Cuti semester sudah bermula. Sebulan aje pun. Nk buat ape cuti ni..rasanye lepak2 kt umh ajela..Bosan tu memanglah..Kalu nk cari keje pun x sempat, memandangkan cuti sekejap aje. Tak sabar nk tunggu 8hb ni, teman rapat sya akan dtg ke rumah. Mase tu boleh la berjalan-jalan. Ikut rancangan, sya dan beberapa orang teman, nak pergi ke Genting Highlands, tak pun Sunway Lagoon. Itu, ikut rancanganlah, tak tahu jadi ke tidak.

Sya dapat kad jemputan perkahwinan pada 20hb Disember ini di Ipoh. Pengantin perempuan merupakan classmate sya semasa form 4 dan form 5. Agak rapat juga kami dulu. Pengantin lelakinya juga merupakan bekas pelajar sekolah yang sama. Kalau tidak silap, mereka bercinta sejak tamat tingkatan 5. Kalau begitu, sudah lebih 4 tahun. InsyaAllah, sya akan pergi ke Ipoh. Hmm...seronoklah kalu dapat pergi ke Ipoh lagi..Doa sya, semoga jodoh mereka berpanjangan. Kira-kira, sudah 5 orang teman sebaya sya yang sudah berkahwin. Cepat betul jodoh mereka..alhamdulillah.. =)

Sya...? Nantilah...banyak lagi cita-cita dan impian yang belum tercapai.



Tuesday, November 25, 2008

.::Big AppLe + BasKin RoBbinS::.

polis2 yg sudah berkemas;hujan sudah turun


hujan lebat+aircond yg tak sejuk


kenderaan bergerak dgn sgt perlahan....


hujan+aircond+traffic jam=tak kisah, ade big apple+baskin robbins!


Exam sya sudah berakhir smlm (sewaktu blog ini ditulis)...fuhh...agak 'menakutkn' juga paper2 kali ni...harapan semoga pointer x turun...tak berani nk membayangkn 'sakit'nye kalu pointr turun...

Hari ini pula, sya dan teman berjaya melakukan 'survivor' dr bumi sintok yg hijau ke hutan konkrit di seremban. 'Konkrit' ke...??

Sebenarnya inilah kali pertama sya melakukan perjalanan sejauh ini tanpa pengawasan dari ayahanda. Selalunya jika ingin pulang ke Seremban atau ke Sintok, pasti ayahanda akan menemani. Tentu sekali rasa 'excited' ingin memandu pulang ke rumah bersama teman sahaja. Mana tidaknya, malam sebelum pulang, kami berdua sudah siap memasukkan barang-barang yg hendak di bawa pulang ke dalam kereta. Kereta yg di pandu pulang, tentu sekali kancil sya yg comel itu.

Mengikut rancangan, kami ingin bertolak seawal 7.45 am. Biasalah, kalau ladies dh bersiap, pukul 8.15 baru kami bertolak keluar dr kolej proton tercinta. Namun, sebelum bertolak, sya terpaksa menyelesaikan beberapa urusan yg tertangguh kerana ingin fokus exam. Geram juga rasanya di saat ingin pulang ke rumah, ada sahaja perkara yang masih tak settle. Hampir satu jam kemudian: pergi Pusat Budaya, HEA, dan HEP, barulah sya berjaya keluar dr gate uum. Itupun hanya 15 minit lagi pukul 10 am.

Dengan kelajuan 90-120 km/j, sya berjaya sampai ke ipoh tepat jam 12.25pm. Namun, sesudah melepasi Bukit Merah, aircond tiba2 buat hal, ada angin-tp tidak sejuk. Geram betul rasanya, tambahan lagi, kami berdua memang tidak suka memandu dengan membuka tingkap. Udara sekarang sudah tidak bersih! Mujurlah, cuaca tidak begitu panas dan kereta juga tidak banyak. Sampai di Ipoh, sya dan teman terus ke Jusco Ipoh. Sudah ada rancangan sebenarnya untuk memberi 'surprise' kepada teman rapat sya di sana. Surprise sya menjadi, dia memang tidak menyangka kedatangan sya. Kami kemudiannya lunch di KFC. Setelah selesai lunch dan berjalan2 di sekitar jusco, kami kemudian meneruskan perjalanan pulang jam 3.15pm.

Selepas inilah, perjalanan kami menjadi lebih mencabar. Kenderaan banyak semasa kami hendak memasuki tol Simpang Pulai. Aircond sudah okey, lega rasanya, tak perlulah kami ke bengkel. Namun, sebelum sampai ke Tapah, hujan turun dengan lebat dan aircond pula buat hal kembali...pasrah ajelah...Kami kemudiannya berhenti di R&R Tapah, sya ingin membeli buah jambu yg bonda pesan..Teman sya, Nabila sudah pun tertidur. Sebenarnya, pada waktu itu, sya juga sudah merasa mengantuk. Oh ya, di Jusco td, kami sempat membeli donut di Big Apple. Sebagai penambah selera, di R&R Tapah, sya membeli aiskrim Baskin Robbins..Rasanya, tentu enak sekali!

Kami kemudiannya meneruskan kembali perjalanan. Hujan masih turun. Kami perasan beberapa buah kereta di arah bertentangan memberi lampu besar. Mungkin polis berada di hadapan. Setelah beberapa km, jangkaan kami benar apabila kereta berbaris di hadapan. Kenderaan bergerak dengan perlahan sekali, rasanya kami terkandas hampir 5km. Namun, setelah hampir dengan 'road block', kami lihat polis sudah pun berkemas untuk pulang....cehh, baru shj kami plan nk bagi big apple dgn baskin robbins kat pakcik2 polis tu jika kereta kami kena tahan...huhu..

Seterusnya, kami berhenti di R&R Ulu Bernam untuk solat. Jam pada waktu itu sudah hampir jam 6pm. Perjalanan sedikit lambat kerana hujan lebat dan juga terkandas dalam kesesakan semasa road block. Tambahan lagi, kenderaan agak banyak menuju ke KL. Selesai solat, kami meneruskan kembali perjalanan, saya memilih untuk melalui lebuh raya Guthrie, namun kemudian terasa menyesal pula kerana tidak biasa dengan lebuhraya itu. Mujurlah ayahanda telefon dan memberi panduan. Setelah berakhir melalui lebuh raya Guthrie, Nabila pula yang memandu, memandangkan saya kurang yakin memandu waktu malam kerana silau.

Apa yang melucukan, sebaik sahaja Nabila mula memandu, terdapat peronda polis yang menyuruh kami ketepi. Teman sya sudah cuak, sangkanya polis mahu menahan kami. Rupa-rupanya sebagai memberi laluan kepada kereta vvip, entah siapa..rasanya saya masih ingat no pendaftaran Perdana itu-26-10-DC, kalau tidak silap.

Akhirnya, kami selamat sampai di tol Seremban pada jam 7.40pm. Setelah menghantar Nabila di Ampangan, sya tiba di Seremban 2 pada jam 8.30pm. Tentu sekali bonda dan adik2 gembira dengan kepulangan. Iyela, pertama kali memandu sejauh ini tanpa pengawasan dari parents.

Apa-apa pun, sya bersyukur perjalanan kami lancar tanpa sebarang masalah, kecuali aircond yang membuat hal. Rasa seronok pula, kerana dengan memandu pulang sendiri, kita lebih bebas untuk singgah di mana-mana. Walau bagaimanapun, cara-cara pemanduan yang baik hendaklah dititik beratkan. Jangan lupa memasang tali pinggang keledar, bagi sya, bersembang semasa memandu adalah baik untuk menghilangkan rasa mengantuk, tetapi jangan sampai hilang fokus.

Tips dari sya yang mungkin boleh diguna pakai: Memandulah dalam keadaan yang tenang, rasa enjoy, dan yakin. Boleh memandu laju, jika kita yakin dengan kemampuan kita. Tapi jangan sampai over-confident; bahaya jugak tu.. =)


Sunday, November 23, 2008

.::Salam Perkenalan::.



Salam perkenalan. Hi, niat di hati sudah lama ingin mempunyai blog sendiri, cuma masih belum berkesempatan. Akhirnya, 'seru' itu sampai juga hari ni, tatkala sedang keseorangan study untuk last paper esok hari.

Tiada yang istimewa tentang diri ini. Sama seperti manusia lain yang punya kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Sebenarnya sekarang ni sedang kumpul semangat utk fokus study. Iyelah, rakan-rakan kebanyakannya sudah ramai yang pulang ke rumah-dah habis exam. Sia-sia shj rasanya kalau last paper esk tak buat betul2. Doakan segalanya dapat berjalan dengan lancar esok.

Memandangkan saya amat baru dalam dunia blog ini, diharap dapat memberi tunjuk ajar. Sekali lagi, salam perkenalan dari saya, Qaseh Aishah.

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates