Ini adalah gambar favourite sya
Kami berdua~
Teman rapat sya sudah datang. Seronok sungguh rasanya. Seperti yang sudah dijangka, rancangan untuk ke Genting dan Sunway, hanya tinggal rancangan sahaja. Sudahnya, pada hari Selasa, sya dan dia pergi ke Mid Valley, bersama dengan dua org adik sya. Kami sekadar jalan-jalan, menonton cerita Bolt dan lunch di McD.
Hari Rabu sya dan dia shopping di Terminal 1, Seremban Parade, dan Jusco. Saya membeli sepasang kasut North Star dan sehelai baju Voir. Si dia membelikan sya baju Applemints dan Toms Girl. Sudah lama tidak berjumpa, sya lihat si dia bertambah kacak pula..hehe...
Hari Khamis, kami menonton wayang di Jusco; The Day That The Earth Stood Still. Sebenarnya, si dia mahu menonton Los dan Faun atau Cicaman 2. Tetapi, sya pula yg kurang gemar menonton cerita-cerita lawak seperti itu. Saya membelikan si dia baju Blue Toms, dan kami makan-makan di Johny's Restaurant.
Faktor jarak membataskan waktu untuk kami bersama. Kami berdua juga masih belajar. Namun, itu tidak pernah menjadi halangan. Hubungan kami masih terjalin dengan begitu baik setelah hampir 4 tahun. Doakan ia terus berkekalan, sya sendiri berharap begitu. Tambahan lagi, ibu bapa kami sudah merestui. Si dia begitu mendapat tempat di hati bonda sya. Sehingga kadang-kadang, sya pula yang kalah..huhu..
Si dia sudah begitu baik untuk sya. Sudah banyak berkorban untuk sya. Sya sudah tidak boleh untuk meminta lebih lagi. Itu tamak namanya.
Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts
Friday, December 12, 2008
.::Kami Berdua::.
Posted by Qaseh Aishah at 12/12/2008 07:18:00 PM 0 comments
Saturday, November 29, 2008
.::Cuti...nk buat ape eh?::.

mane satu lg best?sunway ke genting...?
Cuti semester sudah bermula. Sebulan aje pun. Nk buat ape cuti ni..rasanye lepak2 kt umh ajela..Bosan tu memanglah..Kalu nk cari keje pun x sempat, memandangkan cuti sekejap aje. Tak sabar nk tunggu 8hb ni, teman rapat sya akan dtg ke rumah. Mase tu boleh la berjalan-jalan. Ikut rancangan, sya dan beberapa orang teman, nak pergi ke Genting Highlands, tak pun Sunway Lagoon. Itu, ikut rancanganlah, tak tahu jadi ke tidak.
Sya dapat kad jemputan perkahwinan pada 20hb Disember ini di Ipoh. Pengantin perempuan merupakan classmate sya semasa form 4 dan form 5. Agak rapat juga kami dulu. Pengantin lelakinya juga merupakan bekas pelajar sekolah yang sama. Kalau tidak silap, mereka bercinta sejak tamat tingkatan 5. Kalau begitu, sudah lebih 4 tahun. InsyaAllah, sya akan pergi ke Ipoh. Hmm...seronoklah kalu dapat pergi ke Ipoh lagi..Doa sya, semoga jodoh mereka berpanjangan. Kira-kira, sudah 5 orang teman sebaya sya yang sudah berkahwin. Cepat betul jodoh mereka..alhamdulillah.. =)

Sya...? Nantilah...banyak lagi cita-cita dan impian yang belum tercapai.
Posted by Qaseh Aishah at 11/29/2008 04:57:00 PM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)