ini COACH juge
Ini Juicy Couture
dan ini Miu Miu
shantek kan.. beranganlah aishah! =P
Posted by Qaseh Aishah at 10/20/2009 06:34:00 PM 4 comments
Salam Aidilfitri. Nampaknya saya sudah membiarkan blog dalam keadaan kucar kacir.
Saya tidak mengupdate story, saya tidak meletakkan gadget2 di dalam blog saya. Malah meletakkan layout kuning yg menyakitkan mata ini di blog saya. Sibuk beraya lah. Harap maaf.
Aidilfitri kali ini sama seperti dua tiga tahun lepas. Agak suram. Saya merindukan raya sewaktu zaman sekolah dulu. Serius happening gila. Sekarang sudah besar, suasana happening itu pun sudah tidak ada. Pelik, kerana antara sepupu2 tiba2 terasa jarak dan dingin. Seolah-olah kami adalah orang asing. Tidak semesra dahulu. Tidak tahu kenapa, mungkin kerana masing2 bersaing untuk menjadi yang tercantik.. tambahan lagi sepupu perempuan yang ramai.. haha..Not Funny..
Saya tidak terfikir. Tak menduga akan ditanya soalan2 yg tidak menyedapkan telinga saya bila balik kampung. Mereka sangkakan saya sudah abes belajar, jd sudah tiba masa berumah tangga. Mak cik2 sedara nampaknya tidak sabar nak pegi seremban 2, kenduri saya. Huh, saya tidak suka. Hati tidak kembang dan perasaan tidak berbunga-bunga. Saya masih belum mahu berkahwin. Walaupun sudah ada calon, tapi saya masih ada cita2. Dan yang penting, saya masih belum puas bermalas-malasan hidup membujang. Jujur gila aishah berterus terang mengatakan dirinya malas. haha... Harap Maklum. Tapi sebenarnya saya juga agak cemburu dengan orang yang ringkas, yg habis belajar, dan terus berkahwin. Perjalanan ke alam rumah tangga mereka agak mudah. Tapi saya tidak boleh. Mungkin sebab itu saya ditakdirkan berjumpa dengan orang yang sebaya dan baru mahu berkerjaya. Baiklah aishah.
Saya dan keluarga pulang ke Batu Pahat pada tghari hari raya pertama. Raya kedua, baru mulakan rombongan beraya ke rumah saudara mara di Bt Pahat. Tapi cuma lepas sampai 2 buah rumah saja, rumah arwah mak long, dan mak ngah..kemudian kami pergi ke ayer hitam utk shopping. Tambahan pula, sedara2 yg lain kami sudah jumpa semasa mereka datang ke rumah atuk semasa 1st daya raya. Sumpah, dah lama betul saya tidak menjejakkan kaki ke ayer hitam. Sudah lebih 10 tahun rasanya. Saya ingatkan tidak ada ape2 sangat. Tapi macam2 ada rupanya. Seperti yang dijangkakan, 50 peratus duit raya saya habis disitu. Ayah tidak ikut ke ayer hitam, jadi banker tidak ada, bermaksud, sya harus menggunakan duit sendiri. Itu lah pasal.
Jumaat dan Sabtu baru-baru ni sya pegi ke Ipoh. Ke rumah family in law, eh bukan bakal, belum sah lagi.. okay fine. Buat kali ketiga dalam tempoh percintaan kami selama 4 tahun 5 bulan ini sya pergi berjumpa family sebelah ipoh. Tapi mr. bf sudah tidak terkira jumlahnya sudah berjumpa dengan family saya. Baik..baik..sya memang anak yang baik.. mak sya cakap tidak elok perempuan selalu bertandang ke rumah lelaki. Tidak manis lah.. Baik mak.. Ke Ipoh sebab akak mr. bf melangsungkan perkahwinan dengan jejajka pilihan hatinya. Masa mula2 mr. bf beritahu yg kak longnya akan berkahwin, sya tahu sya kena pegi ke rumahnya, x boleh beralasan lagi, memandangkan sebelum ini sya selalu bagi alasan.
Sya pergi sekejap saje. 2 hari dan 1 malam. Seronoklah. Melihat orang sudah berkahwin tiba2 terasa mahu berkahwin juga. Haha. Aishah, baru tadi kau mengatakan tidak kembang dan berbunga2 jika orang bertanyakan bila kau mahu mengadakan kenduri. Ya..Ya..Sya tahu. Kami berdua pun baru dalam fasa pertama mengumpul duit. Kalau ada orang mahu sponsor, bolehla kami kenduri awal dan mengajak kamu-kamu sekalian ke kenduri kami. Berangan. Not Funny.
Sya juga sudah abes praktikal semalam. Saya berasa kehilangan. Maklumlah, staff di Commercial memberikan layanan yang baik kepada sya.
Selepas ini proses menyiapkan baki report yang tertangguh. Kena cepat2 siap supaya cepat2 senang hati. Sambil itu juga proses mengintai2 kerja. Semangat baru yang berkobar2 harus bermula.
Okey, ini sedikit gambar gewdiks raya ari tue....
Posted by Qaseh Aishah at 10/01/2009 12:16:00 PM 1 comments