Sunday, January 31, 2010

.::sya cuti 20 hari::.

salam kepada blog sya, dan salam juge kepada blogger semua..hai..hai.. dan hai.. :) sya sangat kasihan dengan blog ini..sya sayangkan blog ini tetapi hanya singgah sahaja, amat jarang mengupdate ape2 cerita..sya sudah tidak mengaktifkan lagi broadband yg lembab itu. jd bile balik ke seremban barulah dapat online.

sya sekarang sedang honeymoon selama (tambah tolak) 20 hari. sya sudah meninggalkan bank yg 'budiman' itu. hajat dihati mahu bekerja dlm bidang yg sya minati. tp x sangka sya dapat FSTEP dr Bank Negara. Sayang pulak rasanye nk tolak tawaran tue. mungkin sudah rezeki, keluar bank tp masuk bank balik. sya tidak sangka, dan tidak juga excited. tapi sya tidak mahu menolak, kerana sya yakin setiap sesuatu yg Allah tentukan utk kte itu mesti ade hikmah disebaliknya. InsyaAllah.. (:

Ingatkan sudah tidak perlu tinggal di wangsa maju. tapi nampaknya saya terpaksa pulang ke sana semula. Jujur, sya tidak begitu gemar tinggal di KL. x seronok pun. tiap2 malam sabtu sya akan pulang ke seremban. menghadap muka emak, ayah, & adik2 sya lagi seronok dr berjalan2 di kl itu. sya lagi suka shopping di seremban. walaupun x banyak pilihan, tp semua kedai2 favorite sya ade di sini. aman.damai.sentosa.

Lama x berjumpa kawan2. Hujung bulan 3 sudah mahu konvokesyen (: Seronok & Excited.
Owh, dia akan datang 9hb nti. lalalala... (: akhirnya, setelah hampir 4 bulan lebih tidak berjumpa. begini lah kami selama hampir 5 tahun ini, berjumpa selang 3 & 4 bulan sekali.

-Okey- (sya suka menghabiskan cerita secara tergantung--td bnyk idea, sekarang sudah hilang!) daa~


.....




Saturday, January 30, 2010

.::menanti::.

sya masih menanti. menanti sesuatu yg tidak pasti. menunggu yg tidak mungkin akan tercapai. tapi smpai hari ini sya tidak pernah jemu menunggu. tetapi sya juga tidak berusaha & tidak akan berusaha.


dan sya tidak pasti smpai bile sya akan menunggu

mungkin smpai bile2..

sehingga sya penat..


ko tunggu ape aishah..? tunggu orang? bende? handbags? kasut? impian? cita2?


adelah. rahsia sampai akhir hayat! =P


.....

Sunday, January 17, 2010

.::saya menulis juga::.

salam. sya sudah begitu lama nampaknya tidak menulis. sudah 3 bulan juga sya bekerja di sebuah institusi kewangan di Malaysia. tidak seronok. sya tidak menyukai kerja saya. dan nampaknya sudah tidak boleh bertahan lagi. pekerjaan ini boleh membuatkan sya sakit jantung. pekerjaan ini juga berisiko. rasanya lebih hebat risiko nya dari menjadi polis atau bomba. hahaha. dan yang membuatkan sya bertambah tidak tahan, mereka kurang menjaga kebajikan pekerja, sehinggakan mahu pergi sembahyang atau ladies pun perlu mendapat kebenaran. mereka membiarkan kami bekerja lebih masa tanpa membayar apa2. cukuplah, sya merasakan sya berhak mendapat pekerjaan yg lebih baik drp sekarang. sya tidak terdesak pun mahu bekerja di situ.

Sya sudah kembali kepada hobi lama. membaca novel. seronok. naik lrt sepanjang 17 stesen setiap kali pegi dan balik, xkn nk duduk atau berdiri sambil tengok org shj. Sya enjoy membaca novel. tp sya cerewet dalam memilih novel, sya tidak kisah cerita ape2 pun, tetapi gaya penulisan mestilah baik, logik, berkesan, gaya bahasa yang sederhana, relevan, dan tidak janggal. ramai yg memilih membaca novel romantis & happy ending tapi sya lebih suka memilih novel konflik & pengalaman kehidupan. dari kecil lagi sbnrnya ayah yang paling suka membelikan kami buku cerita. emak pun x terkecuali. kami tidak kisah berbelanja banyak untuk membeli buku. sampai sekarang bila nak berjalan jauh sama ada menaiki kereta, kapal terbang atau bas, sya mesti membeli novel baru untuk di baca sepanjang perjalanan.

Sya berharap dapat memiliki pekerjaan baru. Pekerjaan yang menyeronokkan dan membuatkan sya teruja untuk pergi kerja. Pekerjaan sekarang ni..? huh, hampir setiap pagi sya menyumpah betapa tidak seronoknya sya mahu pergi kerja. orang cakap jgn memilih, susah nk dapat kerja sekarang ni. ntahlah, bagi sya kita berhak memilih mendapat pekerjaan yang kita suka. bila kita tak suka nk pegi kerja pun tak baik juga, kerana kita berkerja dengan hati yang tidak ikhlas. sya bukannya hendak memilih pekerjaan yang glamour, tinggi jawatannya atau tinggi bayarannya, tapi sya mahukan pekerjaan yang melambangkan diri sya, tidak berpura2 & tidak hipokrit.

Sekian.kalau ada masa sya akan menulis lagi. =P


......

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates