mak saya sangat istimewa kerana:
masa kami kecik kecik dulu mak sangat garang, memang garang sangat, tapi bila kami dah besar, mak sangat sweet, sporting, dan kawan baik kami.
saya lagi suka shopping dgn mak saya kemudian bff saya kemudian baru mr. amran. eheh. bila balik dr shopping mesti suka salah menyalah antara satu sama lain sbb selalunya akan terlebih shopping secara berlebihan.
dengan mak memang tak ada rahsia. semua kawan baik saya mak kenal. macam moon, renee, wan, dan kbick, bff saya ni memang dah biasa 'bertepuk tampar' dengan mak saya. datang rumah pun dah selalu.
kalau berhajat tak nak bagi tahu mak tentang sesuatu perkara mesti tak dapat, mak mesti dapat teka melalui air muka, atau tingkah laku. naluri mak memang anugerah terhebat kan.
mak kelakar. cakapnya spontan. selalu mengusik anak2nya. hari hari nasihatnya tak pernah hilang. kalau mak balik kampung terutama masa nak jaga arwah atuk yah dulu, rumah memang terasa sepi.
masakan mak adalah yang terbaik. mak juga sangat kreatif, rumah kami penuh dengan jambangan bunga yang mak gubah sendiri, langsir, alas kusyen pun mak buat.
masa belajar dulu saya lagi suka balik rumah tengok mak dan ayah daripada pergi dating. aura bersama mak dan ayah lebih hebat . sebelum pergi kerja atau ke mana2 mesti cium peluk mak dulu, kalau tidak saya rasa tidak lengkap.
kalau berjauhan atau kat tempat kerja, saya selalu berbalas mesej dengan mak. paling sweet bila saya text, 'Mak, I Love You, dan mak akan reply, I Love You too. Oh Sweet!
mak masih ikatkan rambut saya walaupun umur dah 25 tahun. kalau ayah pergi outstation pun kadang2 saya akan tidur dengan mak. bukan manja tapi bermesra dan sayang menyayangi.
mak kami memang ramah. kawan2 tak segan nak sembang dgn mak. tapi kami semua anak2nya tak ade yang mengikut sifat ramahnya, kalau ade pun 40% drpd keramahan mak. tapi ramah mak turun dekat cucu-cucunya terutama anak kakak saya yang sulung. contoh situasi; kakak saya bawak anak dia yang bongsu, Puteri Amanina pergi monthly check up. Abg dia pulak yang sibuk tanya ibu-ibu yang duduk berdekatan, "mak cik, anak makcik ni berapa bulan? nama siapa? adik saya 5 bulan, nama Puteri Amanina Afryna. anak mak cik dah pandai menyiarap? adik saya dah pandai menyiarap, mak cik tinggal kt mana? saya tinggal dekat Presint 9...bla..bla.. ramahkan. nasib baik comel.
Di hari Ibu ini, saya berdoa kepada Allah yang Esa agar menganugerahkan kesihatan yang baik, umur yang panjang, dan kegembiraan kepada mak dan juga ayah saya. Jasa mak dan ayah adalah tidak terhingga, sampai bila-bila pun tak akan terbalas.
Mak saya memang superwoman. Selamat Hari Ibu kepada Mak saya yang tercinta, juga ibu-ibu di seluruh dunia.
.
.
.
.
.