Showing posts with label Pertunangan. Show all posts
Showing posts with label Pertunangan. Show all posts

Friday, April 22, 2011

Sehingga hari ini

tik tok tik tok. setakat ni perkara2 ni boleh dikira dah settle:

1. jambangan bunga nk letak kt hantaran
2. alas dulang pahar
3. jambangan bunga dekat mini pelamin
4. hantaran utk mr tunang to be yang bukan makanan
5. dulang pahar

dalam proses menyiapkan secara perlahan-lahan:

1. alas hantaran

belum sentuh lagi:

1. baju! kain dah lama beli tapi belum tempah. rancang nk tempah awal bulan mei. tgh survey2 tailor lagi. uhuuu, any suggestion tailor yang ok dkt seremban?
2. langsir; dah beli tapi belum jahit. mak yang akan jahit pun, saya tolong sikit2 je.
3. kusyen; kecil dan besar.

belum beli/tempah:

1. jambangan bunga tambahan.
2. curtain utk mini pelamin.
3. kusyen
4. tudung/veil
5. hantaran jenis makanan ( yg ni pun tgh survey2 lagi, rasanya mid-end bulan may baru nk gi tempah)

ape lagi ye.....

KIV:

1. make up (juruandam) myb akan make up kt studio atau salon aje.
2. photographer (myb akan guna khidmat kawan2 yg pandai dan cantik tangkap gambar) haa, kt umah ni pun ade 2 kamera DSLR, baik gunakan.
3. doorgift; masih memikirkan nk buat ke tak nak. kalau ade myb cup cakes atau cookies.

warna tema dah muktamad. takde panggil catering, masak sendiri je. khemah pun tak payah. simple dan cuba tidak membazir, tapi still berangan nk nampak gojes! oh!

Sunday, February 20, 2011

Oh, saya blurr!

4 bulan++ lagi nak bertunang rupanya. berapa lama masa utk buat preparation bertunang eh? macam awal lagi je semuanya. saya satu bende pun tak prepare lagi. cadangnye bulan depan baru nk mula beli sikit2. saya dan bff sekalian especially moOn dan renEe dah plan nk buat semuanya sendiri, dari mini pelamin hinggalah hantaran, kami kan kreatif-kreatif belaka., okey, perasan. tp dapat jimat banyak duit hookay. cuma make up aje kami panggil andaman, tu pun tak tau nak panggil juru make up yang mana. tailor nk tempah baju pun tak ada lagi. pendek kata semuanya masih blur! T___T

2 minggu baru-baru ni memang menguji kesabaran dan hati saya. memikirkan yang mungkin akan kembali untuk tidak bekerja sudah cukup membuatkan hati ini gundah gulana. boleh kata tahap motivasi dengan semangat tu memang dah menurun. susahnya nk confirm keje. kadang2 kita dah cukup perform tapi kalau department tu tak ade budget untuk headcount pun tak guna juga. semoga murah rezeki untuk interview nanti, insyaAllah. dan harap2 banyak lagi interview2 lain yang akan menyusul. masa update resume hari tu rasa sedih sangat, bilalah agaknya nak dapat kerja yang berstatus permanent. haiiisshhh, cheer up aishah~

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates