Saturday, August 22, 2009

.::Selamat Datang Ramadhan! ::.

Assalamualaikum dan selamat berpuasa (mcm dh lame x mula entry dgn bg salam. ish2, x baik la aishah ni..lalala). Setelah tiga tahun berpuasa di perantauan (eceh, perantauan konon, setakat kat UUM sintok aje..), uhu.. perantauan lah jugak tu, jauh dari keluarga, ada faham..kalau naik bas sudah 8-9 jam, naik flight satu jam sahaja. Itu makanya sya lebih suka naik flight. haha. Okey, cukup.

Akhirnya, tahun ni, sya dapat menyambut bulan ramadhan dekat umah.. dengan family semua. Sepanjang tiga tahun duk kat UUM, tak pernah dapat sambut puasa dekat rumah, kurang seminggu lagi nak raya baru lah dapat balik umah. Sedih woo.. Walau apa pun, kenangan puasa kat sane tak dapat dilupakan.


Seronok memang seronok dapat puasa kat umah. Tapi risau pun ade jugak (nak risau ape pulak..? ) Yelah, kalau dulu masa bulan puasa kat kampus, paling tidak masa hujung puasa dapat lah kurang 1-2kg berat badan. Kalau kat umah ni, silap2 makin naik lagi ada. Waa.. x mahulah..Control aishah control. Makan sikit2 aje. Raya nanti nak kena pegi Ipoh jumpa kamu punya family in-law to be.. (Ish.. x confirm lagi la nak pegi ke tak.. x maw lah.. segan.. ;P ).

Puasa ni pun first time puasa masa keje. Macam mana lah agaknya eh.. Kitaorang kat commercial tu dah la kuat menyembang.. Keringlah tekak nanti. Aishah, bulan puasa harus dijaga tingkah lakumu, perbuatanmu, perkataanmu, dan yang sewaktu dengannya. Betullah, marilah kita jadikan ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun2 yang sebelumnya. InsyaAllah. ;)



::gambar hiasan yg xde kena mengena dengan bulan puasa::


::Waa..sya rindu lah pulak dengan bazar Ramadhan kat Changlun tu. Pergi dengan kawan2 dulu, memang penuh tangan kami beli juadah berbuka. Uhu.. rindu pada kawan2 semua ::


.....

Thursday, August 20, 2009

.::Alhamdulillah::.

Alhamdulillah. Sesi bertemu dengan en asrar berjalan dengan lancar. Boleh disifatkan sebagai berjaya. Yes! :) Sya terharu sangat dengan Mr. Low ( Commercial Manager) & En. Zaini (Senior Manager) yg sanggup tangguhkan meeting diorang (yang agak penting) sbb nak jumpe dengan lecturer sya. Sya nampak en asrar nampak terkejut dengan layanan yang kami berikan. Dia sendiri mengatakan yg dia tak sangka dapat layanan macam tu. Hee.. En dzarif yang budiman pun join sekali. Naik segan rasanye sya tengok en asrar tu. Hee.. ;)


Sebelum dia sampai lagi, kami dah bersedia untuk hidangkan kuih samosa, popia, buah tembikai susu, dan coklat kit kat (harap maklum, cocoa powder dalam Kit Kat yg korang makan tue datangnye dari MCM. oh, tak lupa juga minuman Milo okey..hee..) Mula2 Mr. Low siap tanye nak buat mi goreng tak. Huu.. sya cakap tak perlu lah. Lagipun, dia singgah sekejap saje. Kak Zalina tolong sya hidangkan makanan. Cik Min pula tolong buatkan air milo.


Masa perjumpaan tue jugak, tiba2 en asrar suruh sya present sikit pasal MCM. Alamak, sya tak prepare ape2 pun. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Diorang pun nampaknya berpuas hati dengan jawapan sya. (Sebab ape..? Sebab sya nampak Mr. Low, En Zaini, dan En Dzarif menganguk-angguk kan kepala mereka sambil tersenyum puas hati..hee.. ). Sya rasa macam sesi temuduga pulak, yelah sya sorang aje perempuan, 4 orang lagi lelaki.


Waa.. sya sangat sayang lah dengan staff di MCM ni. Terutama dekat staff2 Commercial dept. Mereka sangat baik dengan sya. Mesti sya rasa sangat sedih masa nak tinggalkan MCM ni nanti. Sya dah jatuh sayang dengan staff2 kat commercial dept. Mereka sangat perihatin dan mengambil berat tentang sya. hrmm...terharu.. ;)
::Kepada sape2 yang berminat nak mengetahui tentang Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn Bhd ni, boleh lah rajin2 menjenguk kat www.tiaracocoa.com ::


::Tiara Cocoa Powder & Cocoa Butter ::

.....

.::Awake::.

Sempena en asrar yg nk datang esok, staff commercial dept yg baik hati telah menyenaraikan beberapa perangai 'baik' sya.. Haha.. Mari kte tengok. Yang tak maw tengok xpe. Bace ajelah. Di commercial dept., aishah dikenali dengan perilaku berikut:


1. Sangat suke mengusik orang

2. Mudah merajuk dan akan memuncungkan mulutnya apabila merajuk

3. Suka argue cakap orang

4. Suke main-main

5. Tak maw dengar cakap orang

6. Manja dan kelakar

7. Perkataan kegemaran: "x de maknanye", "Okey", dan "Wekk!"

8. Jika dulu commercial ni aman damai, tapi sejak aishah masuk terus jadi hura hara.

9. Suka buat bende2 lara.

10. Mengajar kak azlina dan kak zalina main game Plant Tycoon, Farm Frenzy, dan Feeding Frenzy. Akibatnye, skrg diorg sudah addicted dengan game.

11. Tapi satu aje yang okey, bila mase ade keje, aishah sangat serius dan akan siapkan keje sampai abes baru die sambung buat bende2 lara balik.


Huh, esok (sudah pukul 2am, jd ari ni), en asrar (beliau merupakan pensyarah UUM yang memerangkap penyelia pelawat) nak datang... habislah ko aishah...

::Redha ajelah esok, dah memang tu perangai ko kan aishah. Huu.. nanti commercial dept mesti sunyi bile sya dh abes praktikal nanti kan.. Pasti korang rindu dengan sya. Aha.. Perasan! ::


.....

Wednesday, August 19, 2009

.::Bawang oh bawang::.

Begini, kelmarin sya termakan bawang besar mentah. (Apakah? kelmarin punye cte baru nk story ari ni..? eh, lantaklah sbb malam smlm sya dh tertidur dengan enak + lena sekali dr jam 8.30pm-5.00am). Huh memang lame. Okey, bawang besar, ye bagi mereka yang suka makan bawang mentah, duk diam2..ini cerita bg mereka yang x suke makan bawang. Haha.


Kakak sya yang budiman telah membelikan satay pada malam itu. Ye, satay itu enak tapi bawang itu sangat tidak enak. malah, langsung tidak ada perkataan enak sedikit pun pada bawang itu. Okey aishah, enough merepek! Sya makan satay bersama emak sya, khusyuk bercerita tentang keinginan sya (bukan, lebih tepat berangan) untuk kahwin. Oopss, bukan, (ye, kahwin..haha). Dan mak sya telah berkata.. "hang tok sah duk gatai aishah. Hang mengaji tak habih lagi ang dah nk menikah..Hang tok sah nk mimpi.." (cakap mak sya ni sya translate sendiri ke dalam bhs kedah). Okeylah mak.. ini cume angan2 sya untuk 2,3,4 tahun lagi saje.

Aishah..balik semula ke cerita bawang.. Okey, Sambil seronok menyembang dengan emak, sya teringin nak makan timun.. Sangkanya sya dah cucuk timun, tapi bila 'timun' itu masuk ke dalam mulut sya dan mula dikunyah..burrpp! bawang rupanye. Dan sya pun terus berlari ke singki yang berdekatan. Tak yah cerita lah ape yang berlaku selepas itu.


Sya telah melakukan pelbagai cara untuk menghilangkan rasa bawang yang melekat dekat tekak sya dan boleh dikategorikan sebagai sangat dasyat. Tapi bila bangun esok pagi, rasa bawang tu masih melekat. Kumur dgn listrene pun x maw hilang lah. Asal degil sangat tak taw. Esoknye iaitu semalam, di tempat keje, macam rasa tak sedap perut, dan pening2 sedikit. Semua gara2 bawang mentah. Bile2 fikir2 balik macam mimpi ngeri aje termakan bawang. Memang tak sedaplah!


Esok, penyelia pelawat nak datang kat MCM ni. Huh, takutnye. Rilex aishah, die okey! Hopefully. Tibe2 en asrar call td tanye boleh tak datang petang ni. Uh, terkejutlah sya, sya tak prepare ape lagi ni. Nasib baiklah kebetulannya, manager dan eksekutif2 kat commercial dept ni ade meeting kul 2.30 nanti. Jadi memang esoklah baru en asrar boleh datang. Huu, memang 'hancur' commercial ni bile tinggal sya dengan kak azlina dan kak zalina aje nanti.


Okeylah. tak tau nak merepek ape lg. Daa~


.....

Saturday, August 15, 2009

.::Rindu lah::.

Terasa ingin berlari menuju kepada kawan2 sya dan memeluk mereka. Huu! Rindunye dengan mereka semua. Sya sangat rindukan rutin kehidupan sya di kampus (huh, biaselah, orang baru meninggalkan kehidupan kampus, nanti dah lama2, ko pun x kisah dah aishah), huh, biarlah!

Sekarang masih mood rindu rinduan dengan kawan sya.

Seronoknya di kampus itu. Terutama mase di semester terakhir. Memang enjoy benar rasanye. Tempat lepak utama dekat PBS (Pusat Budaya & Seni), huu.. teringat dekat kwn2 sya yang menghadapi kisah duka lara dengan PBS ni. Tak kisah la korang. Janji korang di pihak yang benar. Rindu nak makan dekat gerai2 makan berhampiran dengan roundabout. Waktu2 favourite pukul 6-7pm, atau pukul 9-11pm. Dekat tempat karaoke Aneka, Jitra pun rindu gak sbb tuelah kali pertama pergi tempat karaoke. Selama ni x pernah pegi pun. Haha.. Kalu tak ke mana2, bilik kak bick, nabila (atau lebih suke dipanggil bell atau ibu), dan bilik mye tempat kteorg story mcm2 cite yang sepatutnye. Tapi enjoy2 pun, bab2 ademik tak pernah dibuat main okey..! (serius, tak tipu..haha)

Sekarang nak jumpe pun susah. Merata2 tempat diorang praktikal. Hopefully mase anta report nanti diorang duk kat UUM lama2 sikit. Rindu nak sembang2 dengan diorang. Hari tue mase melawat nabila (atau bell atau ibu), dua jam sembang tanpa henti. Sampai lewat 5 minit balik ofis. Mr.Low pandang2 tapi sya buat tak tahu sudah..

Tengok2 sya aje yg rindu kat korang sume.. Tapi korang..? Takpelah..biar sya rindu rinduan sorg2. Hrmm....whatever..



::Eh2, ari ni sya sudah post 2 cite lah. Ini sudah bagus. (sudahla ko aishah, tgk2 nanti ko buat balik perangai ko.. ntah2 lagi 1-2 minggu baru ko rajin nk publish cte baru.. ;P) Huh, tak heran!::








.....

.::Suara, dengarkan lah aku::.

Tajuk xde kena mengena dengan yang nk story ari ni. Tu hanyalah tajuk lagu yang sya suke dengar sekarang ni. Dinyanyikan oleh Luna Maya. Hari ni tibe2 terasa rajin nk mengupdate blog. Sebenarnye sya sangat jeles tgk org yg boleh update blog tiap2 ari dengan macam2 cerite. Uhu, memg bnyk cte nk story ekceli. Bnyk yg bermain di fikiran sya kebelakangan ni. Macam2 bende yg berlaku kt sya kebelakangan ni. Tapi ntahlah.. hati ni meronta2 nak tulis kat blog, nak share dengan korang sume.Kat dalam kepala ni dah ade siap2 ayat2 cerita (bukan ayat2 cinta) yang sya nk tulis. Tapi tak terluah pulak. Bila bukak blog, mati terus perasaan nk kongsi cite dengan korang. Baik x yah ade blog macam tue kan..? Hahaha..whatever..


Betul lah kata orang, sya ni memang perahsia orangnya. Hahaha.. yelah tue kot. Memang banyak rahsia hati yang tersimpan kemas. Dengan mak sya yang paling rapat dan selalu jadi tempat merujuk sya tu pun tak tahu lagi apa sebenarnya yang menganggu hati dan fikiran sya sekarang ni. Selalu nye sya cerita tapi tak cerita semua. Jadi, bila dapat nasihat dan pandangan orang pun sikit2 aje yang boleh pakai, sebabnye sya tak ceritakan semuanya. Hahaha..bahaya jugak orang perahsia ni.


Sya baru beli 2 buah novel semalam. Tiga Hari Kemudian (Ahadiat Akashah) dengan... (lupe sekejap) Bulan Berbisik (Samsiah Mohd Noor). Dah lame tak bace novel. Last bulan 5 ari tu rasanye. Terasa nk baca novel balik, bile bestfriend sya, munirah beli novel minggu lepas. Baru perasan kat diri sendiri.."eh2, ak dh lame x bace novel rupanye.." Tiga Hari Kemudian sudah pun abes dikhatamkan pukul 11pg td. Hahaha. Best jugak cite nye. Sambungan dari novel Untuk Tiga Hari. Sape2 yang bosan dan nak mengisi masa lapang..boleh lah pegi beli sane.. Tapi make sure beli yang Untuk Tiga Hari dulu.. nanti tak faham.. Ekceli, novel Untuk Tiga Hari dah keluar 3 tahun lepas. Dan yang Tiga Hari Kemudian dah keluar tahun lepas rasanye. Tapi semalam baru terbuka hati nak beli dan bace sambungannya. Okeylah..sya tak tau nak membebel ape dah ni. Nak sambung bace novel Bulan Berbisik sambil susun kain.. Daa~~ (jumpe lagi bile sya ade kerajinan nak membebel) ;)

::Followers sya sudah 100 orang rupenye. (senyum) hehe..

Terima Kasih Semua.. ;) ::


.....

Wednesday, August 5, 2009

.::Demam!!!::.

Disebabkan oleh virus H1N1 yg sgt ditakuti sekarang, demam biase pun kte dh takut kan..ekceli, smlm sya dh start tak sihat. suhu badan waktu pagi masih normal , 35c, then mase tghari 36.3c..pas tu mase gi klinik ptg tue dh 38c.. simptom2 yg ade demam, semput, batuk+selsema sikit2.. sy memg de semput, jd ingtkan semput yg datang. Malam td memg badan panas. tapi tinggal demam aje, batuk+selsema+semput dh kurang atau boleh dikatakan dh xde.

Hari ni sya mc..pagi2 lagi kak zalina dgn kak azlina dh call sya. Baik betul diorg kat sya. Cayangg kak ina dgn kak zalina.. ;) Skang ni, demam+selesema pun dh xde, batuk jarang2, cuma kadang2 sakit dada..mybe effect dr batuk..sbb batuk agak kering..


Skang kat umah pun sedang kena virus demam. Sorg baik, pas kat orang lain pulak .Doakan sya dan keluarga cepat sembuh ye. Hopefully xde ape2 lah. Sya saing dengan ayah demamnya. Tapi ayah pun dah okay jgk. Hrmm.. macam2 penyakit sekarang.


::Sya amek mc 2 hari. hari ni dan esk. rasa mcm dh sihat jgk. tgl sakit dada aje. esk,nk gi keje x..?? hehehe.. ::

.....

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates