Sunday, January 17, 2010

.::saya menulis juga::.

salam. sya sudah begitu lama nampaknya tidak menulis. sudah 3 bulan juga sya bekerja di sebuah institusi kewangan di Malaysia. tidak seronok. sya tidak menyukai kerja saya. dan nampaknya sudah tidak boleh bertahan lagi. pekerjaan ini boleh membuatkan sya sakit jantung. pekerjaan ini juga berisiko. rasanya lebih hebat risiko nya dari menjadi polis atau bomba. hahaha. dan yang membuatkan sya bertambah tidak tahan, mereka kurang menjaga kebajikan pekerja, sehinggakan mahu pergi sembahyang atau ladies pun perlu mendapat kebenaran. mereka membiarkan kami bekerja lebih masa tanpa membayar apa2. cukuplah, sya merasakan sya berhak mendapat pekerjaan yg lebih baik drp sekarang. sya tidak terdesak pun mahu bekerja di situ.

Sya sudah kembali kepada hobi lama. membaca novel. seronok. naik lrt sepanjang 17 stesen setiap kali pegi dan balik, xkn nk duduk atau berdiri sambil tengok org shj. Sya enjoy membaca novel. tp sya cerewet dalam memilih novel, sya tidak kisah cerita ape2 pun, tetapi gaya penulisan mestilah baik, logik, berkesan, gaya bahasa yang sederhana, relevan, dan tidak janggal. ramai yg memilih membaca novel romantis & happy ending tapi sya lebih suka memilih novel konflik & pengalaman kehidupan. dari kecil lagi sbnrnya ayah yang paling suka membelikan kami buku cerita. emak pun x terkecuali. kami tidak kisah berbelanja banyak untuk membeli buku. sampai sekarang bila nak berjalan jauh sama ada menaiki kereta, kapal terbang atau bas, sya mesti membeli novel baru untuk di baca sepanjang perjalanan.

Sya berharap dapat memiliki pekerjaan baru. Pekerjaan yang menyeronokkan dan membuatkan sya teruja untuk pergi kerja. Pekerjaan sekarang ni..? huh, hampir setiap pagi sya menyumpah betapa tidak seronoknya sya mahu pergi kerja. orang cakap jgn memilih, susah nk dapat kerja sekarang ni. ntahlah, bagi sya kita berhak memilih mendapat pekerjaan yang kita suka. bila kita tak suka nk pegi kerja pun tak baik juga, kerana kita berkerja dengan hati yang tidak ikhlas. sya bukannya hendak memilih pekerjaan yang glamour, tinggi jawatannya atau tinggi bayarannya, tapi sya mahukan pekerjaan yang melambangkan diri sya, tidak berpura2 & tidak hipokrit.

Sekian.kalau ada masa sya akan menulis lagi. =P


......

3 comments:

atie said...

Salam Qaseh..

Selamat kembali...kerja kalau tak happy tak guna gak kan.. boleh buat kita letih dan tak bermaya... rasanya carik kerja lain lah yg boleh menyeronokan diri...

preity_hani said...

wahai qaseh aishah...
sekiranya dikau buhsan, bilang saja padaku... aku akan membawa mu berjalan2... he3... sudah lama kita tidak berjalan bersama2.....

Qaseh Aishah said...

hye atie..
betul2..keje x happy pun xguna..
memaksa diri aje..

anim oh anim..
kte x kan boring ble x keje..
hanya boring ble keje aje..
hehehe.. =P

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates