Ini cerita tentang customer, juruwang, dan make up baru. tempat kejadian, parkson terminal 1 seremban. harap maklum aku memang mempunyai hati yang amat penyabar dan bertoleransi.
aku beli make up. memandangkan aku sudah jatuh hati dengan satu jenama make up baru, aku telah membeli make up dari jenama ini dengan secara banyak. sesuatu yang tidak pernah aku lakukan untuk make up jenama lain walaupun semahal mana atau seglamour mana jenama make up itu. sales girl make up itu yang baik hati telah menemani aku membayar di kaunter. dekat kaunter ada 2 orang customer, seorang chinese girl yang sedang bayar dan seorang mak cik yang bising2. sambil mak cik ni beratur dia masih lagi nak tengok barang2 dekat situ, lepas tu mak cik ni keluar dari Q sebab nak pergi ambil earings. kira kalau engkau dah keluar dari barisan of course lah engkau kena beratur balik kan. di kaunter, cashier adalah seorang anak muda yang ramah dan pemurah dengan senyuman. mak cik tadi datang balik kat kaunter dan buat muka tak puas hati kena beratur balik, dia berdiri dekat belakang aku. tiba2 cashier yang budiman ni ambil barang mak cik ni dulu. OOH OKAY. I'M FINE. lepas je mak cik tu blah, sales girl yang teman aku ni tegur cashier lelaki tu.
sales girl: nape u bagi mak cik tu dulu?
cashier: i takutlah mak cik tu muka sombong dan garang. nanti dia bising2.
sales girl: i tau lah, tapi kena ikut Q lah. cust i u tak kira dia sombong ke tak?
cashier: owh cust u nampak sombong tapi sweet.
cashier senyum dekat aku. aku senyum tak ikhlas. OOH aku memang sweet. terima kasih. tapi barisan tetap barisan. kalau aku dah sound kau baru kau tahu siapa sweet tak sweet. aku memang pantang orang potong barisan. kalau tak kena sound, memang ko akan kena jelingan tajam aku yang akan buat kau tak senang nak berbaris. kalau orang lain boleh beratur, apa pulak keistimewaan engkau yang menyebabkan kau boleh potong barisan. kalau kau pakai credit card AMEX platinum sekalipun tak ada privilege yang menyatakan kau boleh potong barisan dekat shopping complex.
aku dah jumpa make up best. make up yang bertuah itu adalah Farmasi Colour Cosmetics (www.yourbeautymall.com). colour eyeshadow, blusher yang cantik-cantik. powder yang menyebabkan kulit anda bertambah gebu dan lipstick yang tidak comot dan tidak megeringkan. dan yang penting tahan lama. kalau kt kl outlet dia ada dekat Parkson Pavillion, Sg. Wang, Jusco Wangsa Maju, Summit USJ, dan Amcorp Mall. aku dah lama berkenan kat make up ni setiap kali aku pergi kat parkson. tapi setiap kali tu lah tak ada orang entertain aku. baru2 ni sahaja ada sales girl yang sangat baik dan rajin melayan customer kat situ. pertama kali beli aku beli 2 lipstick. kali kedua aku beli two way foundation powder, ball blusher, dan 2 lipstick, dan kali ketiga aku beli liquid eyeliner, lipgloss, dengan eye brow. semua dalam masa sebulan. gila aku tak pernah beli make up jenama lain macam ni. aku memang suka jadi duta tak rasmi produk. sangat prihatinlah. konon-kononnya. tapi make up ni memang best. made in turkey, halal, dan bukan sembarangan punya make up. kalau aku dah suka memang aku akan puji dan promote secara berlebih lebihan.
0 comments:
Post a Comment