Tuesday, November 9, 2010

::The vacation::

Perjalanan ke melaka menyeronokkan. Walaupun cuma 2 hari 1 malam je but we really had a great time. Flight kbick & eja dr alor star cancel sebab banjir, tp sebab semangat nak cuti diorang datang juga naik bus. Lain kali bila dah plan nk bercuti dgn kawan-kawan go on je tak payah fikir lama- lama. Kalau asyik hold aje, sampai bila lah tak pergi bercuti. Kami tak pergi banyak tempat pun, muzium samudera, menara taming sari, dataran pahlawan, taman buaya, dan Afamosa water world.


Afamosa memang superb, main air memang superb, especially family craft, gila aku rasa macam nak terbang dari gelongsor besar tu, lagi nervous dr roller coaster, roller coaster at least kita pakai safety belt segala, ni pakai pelampung mana ada safety belt? kami naik sampai 2 kali family craft tu. kali pertama aku rasa tak terbang sangat, kali kedua aku mengucap siap2. kami menjerit sampai ke landasan. dah sampai pun menjerit lagi. hahaha, aku suka taman tema air. tapi taman tema tak air pun aku suka jugak, pendek kata aku suka bercuti ke taman tema. sesuai nak release tension. boleh menjerit kuat2 dan tak ada orang cakap kau gila bila jerit kuat2, tapi janganlah naik cawan yang pusing2 tu pun nak jerit kuat2. MEMANG TAKLAH.


Mula-mula kbick a.k.a ummi nak ajak ramai kawan masa university days dulu tapi ada yang tak angkat call dan ada yang tak dapat cuti. tak apelah, tak apelah, kami pergi bertiga sahaja dengan anak kakak saya amirul harith 6 tahun, dan adik saya anwar bersama tiga kawan2nya. itu bukan tiga aishah, itu sudah lapan. Bila dah habis belajar ( ade rezeki nak sambung belajar lagi), kita boleh nampak mana kawan2 kita yang sudi luangkan masa nak jalan2 apatah lagi nak pergi bercuti sama2. Faham masing2 ada komitmen, tapi bagi aku, nak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Kalau aku baik kawan yang dah lama atau kawan baru, semuanya dijemput datang ke rumah. Sebab tu mostly kawan2 yang rapat dengan aku, family aku kenal.


Nak pergi bercuti lagilah. bercuti memang hobi aku. tahun depan aku ingat nak pergi ke kedah. nak pergi jugak. aku rindu dekat sana. rindu serindu rindunya. ramai aku tengok yang belajar kat kedah especially UUM mesti rindu nak datang sana balik. tak tahu kenapa, mungkin ada badi. user friendly kot. HAHAHA


sudah. gambar akan menyusul malam nanti.

0 comments:

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates