Sya amat sukakan benda-benda yang comel, kemas, dan cantik. Hobi membeli-belah amat menghantui diri sya. Jika sya sudah berkenan dengan sesuatu barang, sya akan terus membelinya sehingga bosan. Dahulu, sya amat gemar membeli beg tangan dan kasut. Kini, sya sudah malas untuk membeli beg tangan, kasut masih menjadi pilihan tetapi tidak sekerap dahulu. Jika dahulu, high heels menjadi pilihan utama, tetapi kini sya lebih suka membeli kasut yang lebih selesa untuk dipakai semasa berjalan-jalan. Kasut high heels lebih sesuai ke kelas, jamuan, atau sekiranya ada majlis rasmi.
Make up juga turut menjadi pilihan. Dahulu, sya gemar mengenakan eyeshadow, tetapi kini sya lebih selesa menggunakan eye liner sahaja. Hobi membeli belah sya yang terbaru adalah mengumpul baju. Biasanya, baju berwarna gelap menjadi pilihan memandangkan sya mempunyai badan yang comel dan berisi. Tetapi kini, sya sudah tidak kisah, baju berwarna merah jambu ataupun hijau muda.
Sya masih belajar dan masih di bawah tanggungan ayahanda dan bonda. Jadi, sya pun tidak memilih jenama yang terlalu mahal. Kasut biasanya dari jenama Sembonia, Carlo Rino, Primavera, Crocodile, dan kelmarin, sya membeli sepasang kasut dari North Star. Begitu juga dengan baju, jenama Voir, Applemints, dan Toms Girl menjadi pilihan. Jenama-jenama ini biasanya mempunyai harga lingkungan rm50-rm150 sahaja. Namun, tetap selesa dan berkualiti. Tambahan pula, ayahanda yang akan memberi sya wang saku jika keluar berjalan. Sejak bertambah usia, wang saku juga telah bertambah..hehe.. Ayahanda juga sebelum ini telah menghadiahkan sya beg tangan dan seutas jam tangan Guess serta dua utas jam tangan Esprit. Rasanya untuk besday sya yang akan datang ini pun sya ingin meminta jam tangan baru. Jenama apa, belum difikirkan lagi, yang penting designnya juga mesti cantik. Perfume...? Ayah cukup rajin membelikan perfume, setakat ini sya ada 4 perfume berjenama yg belum habis dipakai. 2 perfume Escada;salah satunya Magnetic Beat, Lancome Miracle Forever, dan Bvlgari. Sya masih ingat The Body Shop; Oceanus adalah wangian pertama sya, ketika darjah 6..hehe..diikuti Lancome, Nina Ricci, dan Anna Sui. Namun, sya tidak berani untuk meminta lebih, memandangkan sya masih mempunyai 4 orang adik. Pengajian sya di UUM juga turut ditanggung sepenuhnya oleh ayahanda. Sya sudah bersyukur dengan apa yang ada.
Kadang-kadang teman istimewa sya memperli sya, yang mana dia terpaksa bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan mencari lebih banyak wang di masa depan memandangkan sya seorang yang amat suka membeli belah. Sya fikir, sya sudah mewarisi hobi ini dengan baik memandangkan hobi membeli belah turut digemari oleh ayahanda dan bonda.
Setakat ini sya tidak beberapa fanatik terhadap jenama-jenama terkenal walaupun sya mampu memilikinya. Sya berani dan suka mencuba jenama-jenama baru yang berkualiti. Bagi sya, apa ada pada jenama, ia bergantung kepada sejauh mana kita menilai kualiti sesuatu barangan itu. Bagi sya, jenama-jenama terkenal itu hanya mahal pada jenama sahaja memandangkan mereka mempunyai lebih wang untuk mengkomersialkan jenama tersebut. Kita bebas memilih barangan yang tersedia di depan mata. Mungkin sya berkata begini memandangkan sya masih belajar dan berasa belum menjadi keperluan untuk memiliki barangan jenama terkenal. Apabila sudah bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri, mungkin jenama terkenal yang menjadi pilihan sya. Siapa tahu? Tabiat manusia telah menunjukkan bahawa manusia berubah mengikut persekitaran mereka.
Makanan-makanan yang comel turut menjadi pilihan sya. Sya cukup menggemari donut Big Apple, fruit tart dari Bistro Delifrance, dan aiskrim Baskin Robbins. Sya ingin sekali belajar membuat fruit tart, setakat ini, kerajinan itu masih belum ada..hehe..Oh ya, ketika ceritera ini habis ditulis, ptg td sya baru shj membeli sebuah beg tangan jenama dari Jepun, Momoe..Ish2...
Walaubagaimanapun, sya bukan seorang yang senang untuk membuat pilihan apabila membeli. Bonda cukup tidak tahan apabila bershopping dengan sya, betapa sya cerewet bila membuat pilihan. Hendak buat mcm mana, sya tidak suka shopping berseorangan, jadi ibu, teman istimewa dan rakan-rakan menjadi mangsa menemani sya. Namun, bila sudah berkenan, waktu itu, saat itu juga sya akan membelinya, tidak ada tunggu2 lagi...
0 comments:
Post a Comment