Thursday, December 18, 2008

.::Tiada Perasaan::.

Ya, sya sudah mendapat result pagi td. Awal2 lagi teman sya, nabila sudah membangunkan sya. Hmm...seperti yang dijangka, tiada keajaiban yang berlaku. Tiada yang hebat pada result kali ini. Semuanya biasa2 sahaja. Tiada apa-apa perasaan. Tetapi, Alhamdullilah, pointer, masih lagi above 3++...

Tinggal satu semester lagi..Sya ingin lakukan yang terbaik. Matlamat sya, grad sekurang2nya dengan cgpa B+, iaitu 3.33..setakat ini sya sudah mencapainya...Untuk semester terakhir ini, sya ingin korbankan sedikit aktiviti dan projek2 lain, biarlah akademik menjadi tumpuan utama..

Selama ini, sejak sekolah rendah sehingga sekarang, sya belum pernah berpuas hati dalam pencapaian akademik sya. Semuanya sederhana sahaja, dengan kadang-kadang cemerlang..haha..

Aishah, kuatkan semangat dan teruskan berusaha. Jangan sampai menyesal di kemudian hari.


0 comments:

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates