Tuesday, December 16, 2008

.::Darjah kerisauan saya::.

Semester baru bakal bermula, 28hb Disember ini. InsyaAllah, ini merupakan semester terakhir bagi pengajian sarjana muda sya.

Tapi, result exam belum keluar lagi. Rasanya dalam waktu terdekat ini juga. Takut bercampur risau..semua ada dalam perasaan sya ketika ini. Darjah kerisauan, 9 daripada 10. Memang tinggi..memandangkan paper2 kali ini memg sukar, maklumlah nama pun tahun akhir pengajian. Tambahan pula, sya terpaksa menghadapi paper yang berderet2, 4 paper dalam masa 5 hari. Sya mengambil 7 paper kesemuanya pada semester ke-5.

Sya berharap sangat pointer tidak jatuh. Menjadi impian sya untuk tamat pengajian dengan baik. Hendak kata kurang study, tidak juga. Mungkin sya terlampau sibuk pada semester lepas. Ya, kesibukan yang luar biasa berbanding semester-semester sebelumnya. Sehinggakan sya kurang berada di bilik. Macam-macam aktiviti, rancangan, dan projek yang sya sertai. Sya perasan salah satu kesannya, sya tidak berapa rapat dengan roommate yang baru ini.

Kalau ikutkan hati, sya tidak mahu result keluar. Mahu luruh rasanya jantung ini jika terfikirkan tentang result. Sya juga sudah beberapa kali bermimpi tentang result exam..huhu..Sya mengharapkan keajaiban berlaku terhadap keputusan peperiksaan ini..hmm... Setelah berusaha, kita bertawakal kepada Allah. InsyaAllah....


2 comments:

Faizah said...

Keajaiban akan berlaku dengan banyak berdoa...banyak2kan berdoa ye kawan..amin!!!

Qaseh Aishah said...

terima kasih ya cik faizah.. ^-^
fuhh...insyaAllah, sya kan sentiasa berdoa...

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates