Wednesday, December 17, 2008

.::Yang Terbaik::.





Kenapa hati perlu berubah..? Sudah sifat manusia inginkan yang terbaik. Manusia memilih, membuat pilihan yang terbaik untuk mereka. Dalam soal hati dan perasaan, kita mungkin berubah disebabkan oleh faktor komitmen, jarak, dan masa.


Kita tidak perlu bersifat hipokrit, kita tidak akan merasa cukup selagi sesuatu perkara itu belum memuaskan hati kita. Namun, adakalanya kita harus belajar memahami perkataan 'cukup', jangan terlalu tamak. Jagalah dengan baik perkara-perkara 'terbaik' yang kita miliki. Sekali kita sudah dapat yang terbaik, adalah amat payah untuk kita mendapat yang terbaik untuk kedua kalinya. Cubalah untuk setia.

Sya sendiri pernah berubah hati. Syukurlah, ia untuk sementara sahaja. Mungkin pada waktu itu, sya diberi ujian dari Allah untuk menilai sendiri yang mana baik dan yang mana buruk. Sya sendiri bersikap tamak ketika itu. Kemudian sya sedar yang si dia adalah yang terbaik, dan untuk mendapat yang terbaik untuk kali keduanya, sya pasti, amat sukar.

Jagalah dengan baik apa yang sudah kita miliki sekarang, jangan sampai akibat tamak, kita menyesal apabila yang 'terbaik' itu sudah hilang dari genggaman tangan kita.

Bagi mereka yang belum berjumpa dengan yang terbaik, teruskan berusaha dan mencari, sya pasti anda akan ketemu juga!

0 comments:

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates