Saturday, December 13, 2008

.::Cita-cita yang belum pasti::.

Sya sudah berjaya mendapat tempat praktikal. Padahal, sya hanya akan menjalani praktikal pada 1 Jun 2009 nanti. Sya akan menjalani latihan industri di Malaysia Cocoa Manufacturing Sdn. Bhd. Sebuah organisasi yang kurang berkaitan dengan kursus yang sya ambil di universiti sekarang. Namun, itu bukan satu penghalang. Sebagai seorang bakal graduan, adalah penting sekiranya kita mampu dan bersedia berkerja dalam pelbagai bidang, bukan hanya tertumpu dalam bidang yang kita pelajari sahaja. Itulah kehendak pasaran kerja masa kini.

Malaysia Cocoa Mufacturing Sdn.Bhd adalah sebuah anak syarikat Felda dan merupakan joint venture company yang dibentuk oleh Nestle dan Felda. Sya mungkin akan praktikal berseorangan atau bersama dengan teman baik sya Nabila. Berdebar beserta takut sebenarnya memandangkan tempat praktikal sya ini lebih bersifat industri, berlainan sungguh dengan apa yang sya pelajari sekarang. Sya berharap segalanya dapat berjalan lancar.

Mungkin ada hikmah sebenarnya sya mendapat tempat praktikal awal 6 bulan sebelum latihan bermula. Supaya sya dapat study dan membuat persediaan yang lebih sempurna sebelum menjalani praktikal.

Walaubagaimanapun, sya meminati kursus yang sya pelajari di universiti sekarang, pengurusan hal ehwal antarabangsa, dan sya amat meminati salah satu cabang dalam bidang ini; pengajian strategi. Namun, untuk menjadi seorang yang benar-banar pakar dalam jurusan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Sya lihat, jurusan ini banyak melahirkan ahli-ahli akademik. Individu yang belajar ke peringkat yang tinggi, PhD dan doktor falsafah. Mereka banyak membuat kajian, pembacaan, dan penulisan. Sya sendiri berhasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. InsyaAllah, doakan sya mempunyai semangat yang kuat dan berkobar-kobar untuk ke arah itu.

Namun, untuk menjadi seorang pegawai tadbir diplomatik, diplomat, dan duta ataupun pesuruhjaya tinggi, bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Ia menuntut kerja keras, usaha yang bersungguh-sungguh, proses pembelajaran yang berterusan, kebijaksanaan dan yang penting, semangat dan keberanian. Menjadi impian dan cita-cita sya untuk menjadi seorang pegawai tadbir diplomatik dan berkhidmat di kedutaan, namun sya perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapainya.

Sampai sekarang, sya masih belum pasti cita-cita sya. Mungkin, sya akan terus menyambung pelajaran dan akhirnya memilih kerjaya sebagai pensyarah. Hmm....tetapi sya kurang gemar mengajar..hmm...

2 comments:

z a z a a f f e n d i said...

ooo nak jd cam my husben ye..insyaallah!tp kene rajin membace and tau perkembangan semase..aku tau ko suke mcm tu kan?hekhekhek..mmg best keje kat opiz kedutaan tp byk rintangan..kene kuat smgt(berdasarkan husben aku)one day ko akan capai hasrat ko tu..amin!

Qaseh Aishah said...

TQ dear iza..! ^-^

 
blog design by suckmylolly.com

Template Modified and Brought to you by : AllBlogTools.com blogger templates